Wednesday, 28 December 2016

lampu isyarat setan

Assalamualaikum

sejak kebelakangan ni aku selalu je bangun lambat. saja. sebab ofis dekat je. rini aku bangun pukul lapan pagi. lapan setengah siap. pastu turun panaskan enjin kereta dulu sempat buang habuk habuk dalam kereta. tiga minit panaskan enjin terus bla


Aku duduk kat seksyen satu wangsamaju tu, tepi jusco tu ada traffic light kan. kiri tu jusco, kanan tu nak pergi nsk. hari ni traffic light tu mampus. kira tak hidup. aku tak perasan. pastu aku benti je. pastu kena hon. tapi aku buat bodoh. heii, pemandu berhemah ni. P lagi. lol


Pastu kena hon banyak kali. aku fedap aku hon banyak kali. pastu kereta belakang tu lalu g kat kanan aku dia turunkan tingkap. ingat nak marah ke apa "heii, traffic light rosak la" oh. hahhahahahaha. tak tahu nak cakap apa. speechless. pastu slow slow tukar ke gear D turunkan kan handbrek pastu slow slow berjalan.


cisss



ni kes kepenatan tak habis lagi ni tu yang otak tak boleh cerna pape.


Tadi balik pun sama. T_T