Saturday, 31 May 2014

Ini kisah saya dan Otek


Assalamualaikum..



Camera 360 sebab saya tak pakai make up. pffft

Hari ni saya nak cerita. Hari tu saya balik kampung. Dua minggu sahaja. Banyak benda faedah yang saya dapat masa dekat sana. Saya dapat belajar buat sambal to'to' atok, ayam ungkep dan lain-lain. Saya juga telah belajar satu perkara. Kata-kata itu adalah doa.

Masa saya balik, atok ada bela anak monyet. Kecil je. Nama dia ketek tapi saya panggil OTEK. Mula-mula bagi pisang main baling je takut kena gigit. Otek ni dengar kata, pastu kalau nampak saya dia bising-bising. Tahu lah tu saya nak bagi makan. Tapi pada satu hari, lepas makan dekat dapur saya tengok tv. Saya dengar bunyi bising-bising dekat belakang. Saya nampak Otek kena gigit dengan monyet besar. Kesian dia. Saya sampai nangis-nangis. Kulit belakang dia habis tercabut. Lepastu saya dengan atok letak dawai sekitar sangkar tu. Sedih.

Tak lama tu, monyet besar tu datang lagi. Kali ni dia main kasar. Dia cakar bahagian bawah sangkar. Elok-elok badan dia yang cedera, bahagian kaki pula. Saya sedih sangat tengok Otek macam tu. Atok kejar dia. Atok cakap monyet ni tak takut perempuan. Bila atok lelaki saya keluar, baru dia lari. Petang tu dengar bising-bising pula, monyet tu datang lagi. Kali ni pakcik saya kejar dia sampai kat hutan. 

Kesian saya tengok Otek. Suara dia macam menangis. Saya bagi pisang siap kopekkan lagi. Dia tak makan. Malam tu saya letak tikar getah bahagian bawah sangkar takut monyet tu datang lagi. Malam tu saya tak boleh tidur sebab saya nampak Otek kena gigit. Keesokan hari saya kena pergi KL sebab saya ada presentation. Pagi tu saya tengok Otek. 

Bila saya balik dari KL, atok cakap Otek dah mati. Sedih gila. Saya menangis malam tu. Dahlah tak makan langsung. Seminggu saya trauma sebab duk ingat sakitnya kulit tercabut. Walauapapun, Otek dalam ingatan. Biar dia mati dari tanggung sakit yang amat.

Ini kisah saya dengan Otek. Walaupun tak sampai seminggu perkenalan kami. Monyet juga makhluk Allah dan ada perasaan sama seperti manusia. Cerita ni saya tak baca jadi saya publish terus. Nanti saya sedih. Maaf kalau ada silap tatabahasa. ;)

p/s : saya panggil kedua-dua atok saya adalah atok. 
atok lelaki : atok leh
atok perempuan : atok agon.