Wednesday, 1 January 2014

Kenangan dan Azam


Assalamualaikum..



Ehem. Tahun ni banyak dah yang aku lalui. Pahit, manis, tawar, masin, semua rasa aku dah rasa. Banyak kenangan bersama kawan-kawan. Ilek la, KL je pun. Bukan jauh. Tahun ni aku dah jadi matang sikit. ekekeke. Sebab aku dah pandai fikir perasaan orang. Bukan nak cakap dulu tak ada perasaan, cuma dah lain sikit. Lain macam mana, aku je yang tahu.


Kenangan 2013 :

* dapat lapop baru dari ayah
* dapat buat braces
* tab dah diganti baru sebab rosak
* ada anak-anak bulus baru
* berat badan mendadak naik T.T
dll


Oleh itu, misi aku tahun 2014 nanti aku nak kurus. ekekeke. Selain kurus, aku juga nak tukar gaya dah. Tak nak dah pakai ketat-ketat. Ehem, sebenarnya ni azam masa birthday hari tu. Sebab birthday jatuh pada hari Jumaat tahun 2013, jadi aku rasa macam ada semangat. Kena tunggu 7 tahun lagi la baru merasa birthday hari Jumaat. Tu pun dah 27tahun, Rasanya masa tu dah tak fikir dah pasal birthday. Nak jaga anak lagi, kemas rumah, pergi saloon sebab nak cantikkan diri demi suami. lolololol. Dah fikir dah. (-_-)


Selain tu, aku juga nak cuba masak makanan berat-berat macam spagheti ke, sup tulang ke, haaa apa-apa je la. Apa lagi. Sekarang pun aku tengah jinak-jinak belajar bahasa asing. ekeke. Dah dah, tak boleh juga misi banyak-banyak. Takut kang tak tercapai sebab diri ni selalunya pendirian tak tetap.


 Ni lah keluarga dunia akhirat. in shaa Allah :)