Thursday, 26 December 2013

Tak ada motif


Assalamualaikum..


Aku suka dengar lagu. Tak kisah lah lagu apa pun. Kekadang tu dengar lagu duk berulang kali sampai muak. Aku jenis suka hip hop. Sebab tu koleksi lagu aku jenis yang rancak. Mak pula suka lagu jiwang-jiwang, sebab tu dia suka menyanyi lagu lama-lama dalam bilik air. Kekadang kami terpaksa tahan sebab tunggu mak mandi lama sangat. Bilik air kat bilik dia tak nak guna. Sebab air tak naik. kesian. ish ish ish. Hentikan!


Aku ni jenis yang suka balik Kelantan pastu balik KL lagi. Dalam sebulan tu kekadang dua kali aku balik. Kopak T,T Sampai housemates cakap aku ni jenis yang suka membazir. wuwuwuwu


Ini adalah bukti aku suka ulang alik. Aku sukakan bas Mutiara jadi koleksi tiket bas tu sangat lah banyak. Ada lagi dalam kotak, tak muat nak tampal. ekekeke. Mohon owner bas Mutiara kasi lah aku satu dua kali naik bas free ye. Aku suka bas Mutiara sebab pemandu nya sangat peramah. Pernah sekali bas baru gerak, aku dah minta benti tepi jalan sebab sakit perut ayah beli sate petang tu. grrrr. Satu lagi, ayat kursi tu aku buat sendiri tau. Dulu aku suka tulis benda-benda guna tulisan jawi. Suka hafal surah sambil tulis guna tangan ayat tu. Dengan cara tu aku boleh ingat sambil-sambil tu boleh lah jari ni menulis jawi dengan cekap. ekekeke. 


Lagi apa ye. haaaa, hari tu kan aku pakai bedak sejuk depan cermin. Pastu sebab malas nak g bilik air jadi aku pun guna lah air dalam botol air letak dekat tangan. Aku tak sedar bawah tu ada plug. faham-fahamlah apa yang terjadi. T.T kena beli baru. Aku juga kena marah tadi dengan mak sebab pasang lagu kuat-kuat. Tak rasa kuat pun. Asyik kena marah je 



Hachiko nama diberi. Ni adik aku yang buat kepala kasi nama tu. Biar si achi ni ingat tuannya nanti. Katanya lah. Siap tidur dalam besen lagi kau. Patutlah cari dia tak de. Rupa-rupanya nyenyak tidur. Kesian achi. Dia ada luka, sebab tu kami kena letak minyak gamat. Kesian achi. Semoga tabah ye. 


Igirl aka eagle. Kucing paling poyo abad ini. Kalau makan mesti dia yang kena makan dulu. Yang lain-lain kena tunggu giliran. Kena lepas dia makan baru yang lain makan. Port dia memang dalam bilik adik aku. Sebab bilik aku bersepah gila. hahaha. Tapi sekarang dah bersih (kena puji sebab dia selalu baca blog daif aku ni).


Sekarang aku tengah dengar lagu Lenka. Aku pun tak tahu apa motif aku menaip entri ni. Dari muzik ke tiket, dari tiket ke kucing. Nampak sangat aku ni tak ada gaya menjadi seorang penulis. Layak menjadi seorang gadis yang cantik je. lololol.



Bersama housemate. Ni mungkin antara sebab mereka tak suka bergambar dengan aku. Suka tak serius. 6hb ni aku exam. Aku tak study apa-apa pun. Tak boleh jadi best student macam ni. patut pointer jatuh mendadak. Ni mungkin sebab mak jarang masak dekat rumah. Apa kaitan? tata