Wednesday, 4 December 2013

Positive Thinking ; I can Do it


Assalamualaikum..

Sebenarnya aku dah rancang nak kurus sebelum presentation 12/12/2013 ni. Dapat kurang 2 kilo pun tak apa. Macam-macam senaman dah aku cuba. Tapi sama je. Ni semua sebab aku makan jenis tak tengok kiri kanan. Buat apa senam sampai nak rak tapi makan nya tak control.


errr. salah seorang nya adalah aku tu. wuwuwuw. 


Aku cuma buat leg raises tu dengan squat je. Buat berapa yang mampu. Kang kalau terlebih buat lain pulak jadinya. Jumping Jack tu tak ah aku nak buat. Rumah dahlah tingkat atas. Kang runtuh juga. Aku buat bila balik Kelantan je. Tu pun buat senyap-senyap dalam bilik. kehkehkeh


20 je la yang aku mampu buat. yang lebih-lebih tak berani nak jamin. Sebab letih nya macam marathon 10km.




Yang ni aku selalu buat dengan housemate dekat rumah. ekekeke. Ada kawan baru best nak senam. 

Aku suka buat senaman sorang dekat bilik. Sebab bila buat senaman secara terbuka rasa malu. Nak-nak kalau ada orang yang suka perintah-perintah buat itu ini. Sit up kena luruskan kaki la. Dah kalau tak boleh nak lurus, takkan nak paksa lurus. Letak lesung biar lurus? Apa pun, buat yang boleh je dulu. Mana tahu mula-mula buat 10x. Lepastu 20x. Lama-lama boleh buat 100x. yayyy

Semua ni aku ambil dekat facebook Kevin Zahri.


Ada semangat bila tengok orang-orang yang berbadan besar dah kurus. Kita juga tak boleh salahkan faktor keturunan, dari diri kita juga sama ada nak kurus atau tak. Yang penting minda kena sentiasa positif. peduli orang nak kata apa. Yang penting kena tahan goda makanan enak. ekekeke