Tuesday, 24 December 2013

Perubahan Dalam Diri. Dari Benci Terus Jadi Hobi


Assalamualaikum..


Terjumpa ni masa tengah kemas barang. Siap ada budget lagi kau atas tu RM50. lol Setiap kali nak masak mesti minta resepi dari mak. Masa ni aku nak cuba masak tomyam. G Mydin kejap. Dah lah pergi sorang-sorang. Masa beli tu, aku betul-betul tengok list yang mak kasi tu. Takut-takut ada yang tertinggal. Padahal masak tomyam yang penting perencah dia je. lain tu campak-campak je. Maklumlah, masa tu dungu. Beli je apa yang senarai tu.


Bila dah sampai rumah, panggil housemate suruh dia masak. Tang kobis tu dia cakap mana kobis. Aku tunjuk lah, tu kobis. Dia cakap masak tomyam tak pakai kobis. Tapi pakai kobis bunga. -_- Mana aku tahu. Mak cuma cakap kobis je T.T


Dulu kan aku tak minat memasak. Sebab nya adalah bila aku nak tolong mak masak mesti dia halau. Mak cakap nanti dapur berkecah. Bagi dia, dapur tu adalah rumah kedua dia -_- Mungkin sebab tu aku tak berapa nak pandai. Masa duduk KL pun kerja aku melantak maggie je. Tak maggie, roti. Tak roti nasi bungkus. Haaa tu je la.


Kebetulan aku baru pindah rumah baru. Dapat housemate sumpah sporting. Gelak lah kau sampai siang. Dahlah masing-masing hantu RunningMan. errr. Masa tu diorang ni nak masak apa entah. Maaflah, aku memang agak pelupa sikit. Diorang suruh aku masak. Aku jujur je yang aku tak pandai buka gas. Gila tak boleh dijadikan bini langsung. T.T


Mulai tu, aku dah jinak-jinak guna dapur gas. Mula-mula takut sebab dapur gas tu susah betul nak hidup. Ada masa tu tetiba apinya besar. Tanjat gegirl. Sejak tu aku slow-slow dari masak maggie rendam dengan air panas, jadi masak guna gas campur pulak dengan telur dan cili merah. phewww. Nikmat siot


Dah masak maggie, aku mula masak benda-benda berat macam kentang goreng, ayam, dll. Menjerit jangan nak cakap. Rumah sebelah boleh dengar. Mujur student juga macam kami makan apa ada. T.T Sampailah kami pindah ke Ampang. Masa tu konfirm-konfirm la kena masak sendiri. Tapi tak apa, aku ada housemate yang pandai masak.

Ketua chef : k.ila
Pembantu chef : Mas
Anak buah yang pemalas : Beyonce
Tukang makan : Eka


Sejak tu aku dah pandai masak masakan berat. Aku dah suka memasak dah sekarang. Kerja aku masak je memanjang. Sampai gas kat rumah dah nak habis dah aku kerjakan. Aku masak slow-slow. Sayur, ikan, ayam. Dari bergoreng, aku try buat sup. Dari sup aku cuba buat tomyam. Dari tomyam aku cuba buat ayam berempah dll. Haaaa, siapa tak sangka. Dari budak yang tak tahu buka gas, hanya 2 tahun setengah je berdikari sendiri dah mampu masak. ekekeke