Sunday, 24 November 2013

Pilihan Muktamad


Assalamualaikum..



Suka letak gambar besar-besar. kenapa entah O,o

Tahun ni in shaa Allah tahun terakhir aku duk KL. Sebab aku dah fikir masak-masak, aku pun dah fikir dari dulu lagi. Mak aku pun selalu cakap "Iza duduk lah dengan mak. Boleh jaga mak kalau mak sakit" Bila fikir-fikir balik, mana-mana tempat pengajian semua sama. Nawaitu yang penting. Aku dah fikir yang aku akan sambung degree kat Kelantan. pasal braces tu tiap-tiap bulan aku diwajibkan datang KL sebab aku buat braces kat sana. Alahai, rugi-rugi. T-T


Apa pun bagi aku yang penting adalah keluarga. Keluarga adalah sebahagian dari nyawa aku. Kawan-kawan pun ada cakap jangan lah pindah. Tapi antara mereka dengan keluarga, bagi aku keluarga lagi penting. Sebab tu setiap bulan aku akan wajib  balik. Dapat tengok muka mak ayah sekejap pun jadi lah. Orang cakap puaskan rindu. ekekeke


Lagipun sejak kecil memang aku tak pernah langsung berenggang dengan mak. Dulu masa sekolah ada kem motivasi tiga hari dua malam pun aku dah mesej mak cakap rindu. wuwuwuw. Lagipun bila aku duk jauh dari keluarga, aku makin boros. Satu lagi aku selalu keluar malam. Padahal aku dah janji dengan mak aku takkan balik malam-malam melainkan ada kelas. Aish. 


Hidung besar sebagai penutup bicara. Tata  ^__^