Wednesday, 25 September 2013

Palazzo dan PD


Assalamualaikum..


Selalu macam ni. Bila dah sampai Ampang mesti malas nak update. Rasa malas tu luar biasa sangat. Tapi kalau bab cicah biskut tawar dalam teh panas semangat kemain. Dalam tidur pun terbayang-bayang biskut cicah teh panas. teehee


Sebenarnya banyak benda aku nak bagitahu. Tapi, kena bagitahu jugak. Pertama sekali aku dah beli dah seluar Palazzo. Dekat KB tak jumpa hari tu, kat KL baru jumpa. Tu pun kebetulan housemate ajak g TS kan. Kita ni sebagai perempuan bila perempuan ajak keluar shopping nombor satu je. Tapi sebelum keluar aku dah list cuma nak beli seluar palazzo sahaja.


See my Palazzo? Auuu, i like. Palazzo ni harganya rm35. Tapi dua hari lepas tu ada kedai jual Palazzo lagi murah rm29. wuwuwuwu. T.T 


Yang kedua pulak aku pergi Port Dickson dengan housemate dan housemate PV10 dulu. ekekeke. Kami bergembira. Tapi tak mandi pun sebab ai ni pemalu uols. 


Kami housemate yaw. Dari kiri, k.ilah yang selalu masak untuk kami , tengah pulak beyonce Malaysia dan kiri eka, anak owner rumah yang kami sewa sekarang. kih3



Housemate PV10 dulu, Ayu. ;)


Sebenarnya kami bertolak agak lambat masa tu. Dalam jam dua lebih petang bertolak dari Ampang pastu ambil ayu dekat Setapak. Masa tu keluar dari setapak dah jam 4.10 minit petang. Otw nak ke PD tu boleh pulak jammed. Rasa macam nak meletup pun ada tapi sabar. Macam-macam kami buat dalam kereta masa sesak tu. Nyanyi lah, kuak lentang lah, ngurat abang sebelah lah. Macam-macam. lolz


Kami sampai pun dalam jam 6.45 petang. Orang balik, kami baru terhegeh-hegeh datang bawa mee. hahaha. sengal, entah apa. Pastu datang-datang je terus makan tanpa menghiraukan orang sekeliling. ekekeke.


Masa ni sampai dah senja. Matahari pun dah terbenam. Manusia pun dah pulang ke tempat masing-masing. Tinggal kami yang masih makan mee. pffft


Masih ada orang sikit. Tapi ramai yang dah balik.



Happy ^_^ Last dulu pergi pantai masa aku sekolah. Lagipun aku allergic air pantai. Nanti tumbuh ruam-ruam merah pastu tergaru-garu macam kera. Sebab tu ayah jarang ajak kami pergi pantai. Selalunya pergi air terjun je lagipun aku memang suka jadi dugung. hehehe. Oh ye, ni lah Palazzo rm29 tu. Labuh.



Lain kali boleh datang lagi tapi dengan keluarga. ;)