Thursday, 12 September 2013

Nak Keluar Senarai Dulu


Assalamualaikum..



Sekarang ni aku tengah tangkap leleh. Banyak sebabnya, sebab pertama mak aku sakit. Dia demam-demam, kedua pulak adik aku pergi kem motivasi. T.T Tak ada siapa yang aku nak ajak gaduh. Yang ketiga pulak malam ni tak jadi keluar. Ayah ada hal last minute. Esok baru boleh keluar. Ni yang tak suka ni. Aku dah pilih baju mana yang nak dipakai. Boleh pulak main-main tak jadi. Mungkin ada hikmah, mak aku pulak tengah tak sedap badan. Kalau pergi pun, mungkin satu lorong je, pastu balik. Esok je lah.



Aku dah siap kemas bilik. ekekeke. Siap pusing-pusing katil lagi tak tahu nak letak katil ni dekat mana. Letak dekat situ nampak macam sempit, letak tepi tingkap takut panas pulak. Maklumlah I ni puteri lilin tak sedar diri. Last-last letak tepi pintu depan tingkap. Takut malam-malam nampak lembaga ngintai karang naya jugak. Tapi aku malas dah nak alih. Letih! Kalau ada adik, boleh suruh dia tolong.



Oh ye, sebab esok malam aku nak keluar. Jadi nak buat senarai dulu lah nak beli apa. Sebab selalunya lain yang nak beli, lain pulak yang beli. Bukannya pakai pun.

* Selipar (Asyik pakai selipar sama je. Nak tukar jugak. Selipar yang aku selalu pakai tu dah senget dah. Lima bulan pakai macam mana tak senget. Tu lah selipar nak g kelas, g Tesco, g TS tengok wayang. Sebab selipar tu jugak mak aku tersungkur dekat longkang. Sebab senget.)

* Seluar Palazzo corak bunga-bunga (sekarang aku dah tak pakai jeans. Maklumlah, nak berubah. ekeke. Pehal nak berubah bagitahu orang? Lagipun aku rasa pakai jeans macam tunjuk peha kat orang. Mungkin perasaan aku je?

* Cardigan (cardigan hitam dah berbulu, cardigan putih pulak koyak kena makan dengan si tikus. Dari mana datang tikus pun tak tahulah.)

* Shawl (Aku tahu shawl dekat Masjid Jamek sangat murah. Tapi kena beli untuk balik. Bukan ada siapa nampak pun dalam bas. Gelap gelita suasananya)

*Buah jambu (Selalu kalau singgah wakaf che yeh tak pernah tak beli buah jambu. Kalau tak beli tak sah. Kena wajib. Sebab murah sangat.)

* cuci-cuci mata. LOL Sambil-sambil beli barang, cuci-cuci lah mata kan. Cuci mata tengok barang bukan tengok jejaka kacak.


Apa lagi ye? Aku rasa ni je kot yang ada dalam fikiran aku. Kalau jumpa yang cantik, beli lah. hihi



Kantoi layan lagu twinkle twinkle litle star. Ni lah hobi aku. Selalunya orang layan yang best-best. Tapi ni je lah tahap minat aku. Aku layan yang budak-budak je. Macam pingu, mr bean, pororo dan lain-lain. Best apa tengok cerita kartun. Tapi aku lebih suka kartun dulu lah, kartun sekarang macam kureng sikit. Ehem, sebenarnya nak cakap, sangat kesian guna mouse beralaskan buku. T.T



Oh ye, teringat mak aku pernah tersungkur hari tu, tetiba teringat aku pun pernah tersungkur dekat Tesco. Masa tu berangan pakai kasut tinggi. Budak tak pernah pakai kasut tinggi. Selalu pakai selipar jamban je keluar. Tetiba ribut datang dari mana entah, boleh tersungkur atas escalator. Escalator Tesco Kota Bharu rata, tak macam tempat lain yang macam tangga tu. T.T



Oh adik, bila anda nak balik. Mak tengah marah sebab anda pecahkan cermin di bilik sendiri sampai retak tapi senyap-senyap tak bagitahu pun pastu tempat yang retak tu anda letak earphone saja nak merabunkan mata kami tapi tanpa pengetahuan anda kami sudah pun mengetahuinya. ;)