Tuesday, 10 September 2013

Kenapa?


Assalamualaikum


Kenapa saya sangat membazir sekarang?


Kalau makan nasi mesti tak habis pastu kat dapur tu ada tiga longgokan plastik sampah sebesar saya yang tak dibuang lagi. Apakah salah saya sebab tak habis makan? Membazir adalah amalan syaitonnirrojim. Booooo. Semalam mak saya balik kerja dia beli nasi tiga bungkus (memang hari-hari makan nasi bungkus pun -_-),ayam tiga lidi, untuk mak, saya dan adik.



Saya tak habis makan sebab banyak sangat. Salah satu saya suka tentang Kelantan ni adalah mereka sangat pemurah sampai bagi nasi sebungkus macam nak makan tiga orang. Banyak!! Murah. Satu bungkus RM5.00. Ni kalau dekat KL, dah cecah RM10 dah.


Hari ini saya makan mee bandung. Mujur habis sebab kebulur sangat. teeehee. Mak belanja (memang hari-hari dia belanja pun. ekekeke). pastu dengan air teh beng setiap sorang. Kami pelanggan tetap restoran tu. Main telefon je, order pastu dalam 15minit dah boleh ambil. Ada tak pelanggan macam kami yang main telefon je? Kalau ada kita geng. *sep sep sambil kembangkan hidung*


p/s: Oh ye, semalam saya tegur adik. Dia merajuk. lol -_- Adik saya lah tu.