Monday, 9 September 2013

Ini Kisah Tentang Adik Aku Namanya Azi Bukan Iza


Assalamualaikum..



Aku ada seorang je adik. Dia lah musuh aku, bibik, kawan dan sebagainya. Kekadang kami main game sama-sama, layan cerita hantu sampai larut malam pastu menjerit tiba-tiba, nampak lipas sama-sama jerit pastu ketawa, selalu kena marah dengan mak sebab memekak kerjanya (kesian dekat jiran sebelah nak tenangkan fikiran katanya), selalu bertengkar kalau pendapat bertentangan, dan banyak lagi. Mungkin setebal novel kalau aku cerita dekat sini.


Tapi satu je lah sifat adik aku ni yang aku kurang berkenan sikit. Dia ni pantang kena tegur. Try lah tegur, "woi, bulu hidung kau terkeluar", mesti dia masuk bilik, esok baru keluar. Pastu kalau panggil banyak kali tak nak keluar. haaaa. Adik siapa tu? Pastu kalau tegur bilik kotor pun macam tu jugak. Masuk bilik. Pokoknya, dia ni memang pantang ditegur. Hari ni dia ambil duit kesayangan mak rm20. Duit raya tempat kerja mak kasi. Sayang nak guna katanya. Tapi adik aku silap ambil. Dia g ambil sampul duit kesayangan mak, bukan sampul satu lagi. Malam nanti tengok lah mak mesti marah dia, pastu merajuk masuk bilik. Sentap je kerjanya!


Adik aku jugak paling benci basuh pinggan. Dia alihkan tugas tersebut pada aku. Sebelum mak g kerja, mak ada amanahkan kemas rumah pastu cuci pinggan, sapu rumah bagai. Aku cakap dekat adik aku "kau nak basuh pinggan ke sapu rumah?" Dia pilih sapu rumah. Dia rela sapu rumah semata-mata tak nak basuh pinggan. Kejam kan?



Cita-cita adik aku nak jadi masterhef. Dia pandai masak pastu masakan dia sedap jugaklah. Kang kalau cakap tak sedap dia tak nak masak pulak. Pastu kalau mak suruh masak, dia akan rileks dulu. Lama-lama nanti dia bangun g dapur. hehehehe. Adik siapa tu? Ada hari tu mak aku suruh dia masak.

mak : Azi, masakkan mak maggie
Azi: Nantilah kita masak
mak : Letak telur 
Adik aku masih baring depan tv.

Aku : Nanti lepas aku mandi aku nak kau masak (kakak yang suka memerintah!)
Azi : :P

Lepas mandi:

Aku : kau tak masak lagi? 
Azi : Nanti
Aku masuk bilik. Beberapa minit kemudian dia ketuk bilik aku maggie dah siap. haaaa. Kan? Dia memang macam tu. Walaupun cuma maggie, aku tetap hargai air tangan sesiapa pun. ekekeke


*****************************************************

Adik aku pandai sejarah. Ada pernah dia tanya aku. Aku ni dah lah bab-bab fakta ni memang lemah. Otak tak boleh nak masuk. Dia masuk kejap je, pastu tak sampai lima saat dia macan menggelongsor keluar. phewwww. Macam bunyi kereta ferrari yo. Dia tanya. Pastu kebetulan aku buka laptop. Apa lagi? Search google lah beb. Apa guna internet zaman sekarang ni. Kalau tak, jatuh martabat aku sebagai seorang kakak yang dah nak masuk 20-an. T.T Tolong jangan tanya pasal sejarah lagi. Sejarah Melaka aku tahu lah.






p/s : Nanti nak tegur baju yang aku kasi dia tu dia tak basuh lagi. Agak-agak dia sentap tak?