Thursday, 15 August 2013

Kisah Raya Saya.Tak Menarik Pun


Assalamualaikum..

Tahun ni aku beraya dua tempat. Di tempat atok Johor dan atok Pahang. Suasana raya nya sangat berbeza sebab bagi aku rumah atok Johor lagi meriah lah sebab malam-malam pun sedara masih datang beraya. Kalau di Pahang raya pertama je kot yang meriah sebab aku sampai pun malam kan.


Kisahnya begini, mak nak gerak dalam jam dua pagi. Tapi biasalah kan orang Melayu ni janji jam dua jam empat tu belum tentu gerak ke idak. Jadi dalam jam 3pagi tu kami gerak. Bawa gegirl dan Iboy. Degilnya memang tahap gaban. Kejap-kejap pijak kepala, sampai lebam buntut kena pukul. Mak dah nak nangis dah sebab kucing tak reti duduk diam. Ayah pula terus je tanpa fikir kami yang jaga kucing ni.


Masa singgah sahur, masa tu dah sampai Permaisuri. si Iboy berak dalam kereta. Nak tak nak kami terpaksa lah balik. Kerang busuk betul, kami dah sampai Permaisuri terpaksa patah balik ke Kok Lanas. Kucing berak punya pasal. Mujur ayah ok masa tu. Kami pun patahlah balik. Jauh kami sahur. Dekat Permaisuri nau. Macam Kok Lanas takde gerai kan. -,-'


Bersama adik dan atok Johor. ^__^ Susah tau nak bergambar dengan atok. hakhakhak. Atok Johor adalah atok paling aku sayang sebab dia yang jaga masa aku kecil. Aku dengan atok dah sehati sejiwa sampai-sampai tidur pun peluk atok. Dulu masa muda, muka atok iras-iras Saloma. Itu orang cakaplah. Tapi bagi aku, atok wanita paling aku sayang selain mak ;)


Raya tahun ni tak meriah sangat sebab kami tak konvoi. Pakcik dari Melaka tak dapat balik pastu makcik dari Kluang kena balik tengahari sebab kena kerja. Sempat beraya dua tempat je.  T.T


Pahang

Pahang adalah kampung ayah. Aku jarang balik Pahang sebab ayah pun jarang balik jugak. Last aku balik dulu pun masa umur 3 tahun. Sekarang nak masuk 20 dah. Dah 17 tahun dah tak jenguk atok Pahang. Jadi tahun ni rasa nak jenguk kejap. Petang raya pertama tu gerak balik Pahang. Ayah orang Nenasi. Kat situ banyak nelayan. Dekat je dengan laut. Tapi aku tak akrab sangat dengan laut sebab kulit aku sensitif. Kalau kena air laut jadi gatal-gatal. Penyakit gedik. Tak tahu dari keturunan mana. Keturunan Mak Jemah dari hulu agaknya



Di Pahang tak de suasana raya. Jadi kerja kami (aku pergi dengan sepupu sebaya) kerjanya membuta pastu makan, pastu ngumpat dalam bilik. Tak nikmat hidup. Mujur ayah ada ajak g Kuantan. Dalam 78km dari Nenasi nak ke Kuantan.  -,-



Qistina nama diberi. Kucing kepunyaan atok Pahang. Comel dan sangat ler gebu. Macam bantal.


Tapi tak boleh dilupakan sama dua ekor kucing kesayangan. Mereka kena tinggal . Siapa suruh berak dalam kereta.




Macam mana lah aku nak beraya dengan hati yang tenang sedangkan dua ekor ni jauh nun di sana. Aku asyik terfikir je dah makan ke belum, tengah buat apa je lah. Alhamdulillah masih sihat dan tak hilang. Cuma sekarang ni manja terlebih. Baru tinggal tak sampai seminggu. Kalau kami lalu depan dia nak g tandas je, ngiau ngiau nak minta dimanjakan.

p/s: Tahun ni dapat banyak duit raya. Macam mana tak banyak kalau ayah kasi 50hengget, atok 50hengget, atok lelaki 20 hengget dan banyak lagi. hahaha. Tak malu. Tapi dah orang kasi kan, tak baik menolak walaupun dalam hati macam nak terkam je. lulz