Thursday, 1 August 2013

Iboy Sakit


Assalamualaikum


Saya sekarang tengah dalam kesedihan sebab Iboy telah jatuh sakit. Malam tu dia muntah-muntah. Sangat kasihan saya tengok. Berat badan dia susut. Saya mengadu lah pada mak yang Iboy sakit pastu muntah-muntah. Kalau tengok muntah dia, bentuknya dah macam belacan dah. lol


Jadi,keesokan harinya ayah bawa g klinik. Doktor mengesahkan Iboy cirit birit pastu yang paling mengejutkan kena vaksin. Kami baru je beli Iboy tak sampai seminggu. Sepatutnya kucing macam tu dah kena vaksin. Pastu saya terfikir "la, kena vaksin ke?" Saya tak pernah vaksin kucing. Selalunya kalau sakit saya akan hantar pergi klinik je. Sebab masih kecil lagi, Iboy kena makan makanan untuk baby cat. Yang lembut-lembut tu.


Lepas Iboy, gegirl pulak muntah-muntah. Saya rasa susah hati kenapa gegirl muntah-muntah. Dalam hati dah terfikir ni mesti kes jeles kami manjakan Iboy terlebih. Saya mengadu pada mak sebab gegirl tu kucing kesayangan mak. Pelik lah sebab gegirl tak lincah macam biasa. Berat badan susut sangat. Kami bawa gegirl g klinik. Mujur buka pada waktu malam.  Rupa-rupanya kes sama. Tak vaksin. Doktor cakap kalau tak vaksin, kucing senang dapat penyakit. Oleh itu, kena VAKSIN. Vaksin lah kucing kamu sebelum kucing kamu meninggalkan mu.


Kelas kau. Siap pakai tuala PLKN lagi tu. 
Iboy sihat ye sayang. :')


Sekarang, mereka berdua dah ok. Alhamdulillah. Takde lah nak risau sampai nak tidur pun kejap bangun semata-mata nak tengok anak berbulu ni. Gegirl dah semakin ok. Cuma Iboy ketiaknya bengkak sebab saya tak tahu doktor tu suntik Iboy kat mana. Muntut ke ketiak sebab ketiaknya bengkak. Kalau gegirl, doktor tu suntik depan saya dekat buntut dia yang besar tu.


Sekarang Iboy dah ok sikit. 

p/s : Skema bahasakan diri tu saya. anyonyonyonyo. omeinya (-_-)