Saturday, 13 July 2013

Selekeh


Assalamualaikum..


Aku suka sesuatu yang selesa yang tak ketat bahagian peha lah, itu ini itu ini. Yang penting selesa.

Antaranya :
- Keluar g Tesco beli barang pakai seluar track renyuk, aku tak kisah.
- G kelas pakai cardigan penuh bulu kucing, aku tak kisah.
- G kelas pakai tudung bawal renyuk sejuta, aku tak kisah.
- Keluar jenjalan pakai bedak tabur jenama Carrie and Junior, aku tak kisah
- Pakai eye liner sebelah tebal sebelah nipis, aku tak kisah walaupun sebelum keluar tu dah perasan.


Terserlah keselekehan disitu. T__T


Sekarang aku suka pakai seluar Palazzo beli dekat wakaf che yeh mak belanja. Sebab selesa walaupun ayah ada tegur "suka sangat pakai seluar besar." Aku jenis yang suka duduk bersila tak kisah lah masa belajar ke, tengok tv ke, makan ke. Bila pakai seluar yang besar dan selesa, rasa diri tu berkeyakinan sebab aku tak rasa hipokrit duduk kepit-kepit tahan nafas seluar ketat. Itu bukan aku. Aku jenis yang simple, tak selesa duduk lah sampai kau selesa. Walaupun orang tengok semacam je. bahahaha. Henti Aniza



Cardigan beli setahun yang lepas dekat butik Peace dan syria beli 3 tahun yang lepas dekat wakaf che yeh. Siyes, syria ni dah berbulu sebab kerap basuh. Tapi aku tak peduli, aku pakai jugak.



Peace no war