Saturday, 27 July 2013

Selamat datang warga baru


Assalamualaikum..


Aku ada dua cerita. Tau tau

Ayunya baju pink tu. :P


Astaghfirullahalazim. Ni kalau dia tahu aku ambil gambar ni pastu letak kat blog mahu dia gusti kasi lipat 24 badan-badan aku ni. hahaha


Gambar sebagai permulaan. o.o


Pada 26/07/2013 aku g Rantau panjang dengan keluarga. Mak punya borong mengalahkan vip. Banyak bai. Tugas mengangkatnya adalah aku dan adik. Berapa kali pusing pun aku tak tahu. Kaki memang minta duduk. Pastu pusing lagi, beli barang yang dia nak. Selagi tak dapat selagi tu lah dia cari sampai dapat. Kami yang duduk belakang dia ni hanya mampu berdoa agar kaki dia letih dan terdetik di fikiran nak balik. Tapi semua tu hanya angan-angan dalam diam. T__T

Pastu nak balik kena tahan. Kena bayar RM40. Mungkin sebab tax. Masa beli barang tu tak dikenakan tax kan? Jadi kita kena bayar tax kat depan tu sebanyak 10% bergantung banyak mana barang yang kita beli. Kalau RM500 kena bayar RM50. Sebab aku ada baca papan tanda pasal tax tu pastu aku terfikir kenapa kena bayar pulak? Masa otw balik baru aku faham kenapa kena bayar. Itu beras tak kira sebab kami sorok. (bahaha) Tiga pulak tu ayah aku beli. Satu untuk kami, satu untuk keluarga belah mak sebab atok cakap beras siam sedap dan satu untuk belah keluarga ayah.


**************************************************************************

Aku nak bagitahu ni. Amboi, belum apa-apa lagi. ehemsss. Sebenarnya aku nak cakap yang aku ada beli anak baru. hikhikhik. kacak. kacak sangat.


Nama diberi, boboy.
Panggilan manja,boy atau iboy
Diberi nama Boboy sempena kucing dulu yang mati akibat batu karang. Bagi makanan murah kata doktor
Berwarna putih bersih 
Muka lebih kecil dari badan
Kalau berjalan nampak macam bola bulu bergerak
Sangat manja tapi tak tahu lah kan esok lusa macam hantu perangainya
Patuh pada bigboss yakni gegirl. Kalau makan, gegirl makan dulu, baru boy.




Duduk dalam kereta pun sopan sangat. Kucing macam ni kena duduk dekat tempat yang sejuk sebab bulunya tebal. Kesian kat boboy. Suka duduk dekat aircond. Nanti tercungap-cungap.



Iboy, penyeri keluarga, Alhamdulillah dapat beli Iboy. Nanti ada rezeki beli yang lain pulak. Serius kesian kalau pergi dekat tempat jual kucing ni. Dia punya muka boleh buat kita bankrup. Mana taknya macam nak beli semua je. Dah ayah cakap sekor je, terpaksa ambil sekor je lah. Ni pun harganya dah lebih loan aku setiap bulan. Tapi aku dah jatuh hati pada Iboy sebab dia pendiam. Semoga Iboy dapat beri ibu (ahakss) cucu yang comel dan patuh pada tuannya ye. Ngurat lah gegirl tu. hikhikhik