Saturday, 27 July 2013

Misi Mengambil Adik Di Sekolah


Assalamualaikum..


Amacam? wa ada nampak macam rider sejati tak? bahahaha. Keselamatan harus dijaga tak kisahlah naik motor honda bulat pun. Pakai helmet. Eceh, naik motor je pakai helmet. Kalau naik kereta bukan nak sentuh pun tali pinggang tu. Time ada polis je baru pakai. Tu pun cuma selit bawah ketiak je. pffffttt


Wa naik skuter je pun pakai helmet. Ada juga aku pernah nampak orang naik motor besar tak pakai helmet. Ish ish ish. Helmet sangat penting. Tapi pernah juga satu hari tu aku naik motor berlumba dengan honda bulat. Wa menang lah. Mana boleh kalah ah. Balik tu adik cerita dekat mak. Mampus aku kena marah. Dia memang macam tu. Dah lah naik motor suka pegang besi belakang tu.


Pastu ada suatu hari tu, masa tu jenjalan dekat kampung. Saja makan angin tambah makan hati sebab mak marah tak bersihkan sangkar gegirl. Aku membawa hati yang terobek dengan membawa adik jenjalan satu kampung. Ada dua lelaki ni bawa motor. Tengok muka macam budak sekolah lagi. Dia macam ajuk-ajuk je aku bawa motor. Aku apa lagi, pantang orang cabar. Terus merempit. Sedang syok merempit adik aku pulak buat hal. Selipar dia tertanggal. Terselit dekat pokok lalang kalau tak silap. Jenuh nak pusing balik. Adik aku memang selalu buat hal selain suka pegang besi kat belakang tu


p/s : hahahaha. Aku nak taip pun sambil ketawa ni. Aku asyik pakai tudung sama je kan? Sebab aku cuma bawa balik tiga tudung syria je. Warna hitam, biru dan cekelat. yang lain simpan kat rumah sewa. Tu sebab asyik sama je. Tengoklah esok lusa konfirm aku upload gambar pakai tudung syria hitam tak pun cekelat.