Saturday, 1 June 2013

Kemas Bersama-Sama


Assalamualaikum..


Esok aku dah nak balik dah. Biasalah kan, cuti kejap je. Sempat jugak makan nasi sup perut tadi. Tu pun merempit dengan adik naik motor. Tolonglah, adik aku memang tak boleh dibawa merempit. Kecoh mulut dia duk minta tolong masa bawa motor tadi. Malu tahu tak? Mana nak letak muka ni? (-_-')




Oleh sebab aku dah nak balik, jadi terpaksa kemas bilik. Ok TERPAKSA!! Mak dah sibuk bebel-bebel suruh kemas bilik. Daripada dengar dia bebel, jadi aku pun kemaslah bilik. Rasa macam malas pulak. Mujur lah ada anak aku yang sangat aku sayang. Timang-timang ala bucuk-bucuk. Anyonyonyonyo.



Dia pun nak kemas jugak. Ngengada taw gegirl ni. Suka buat mami rasa berat hati nak tinggalkan dia nanti. Rindu dekat bontot dia yang gebu tu. Rindu mami nanti. Sobs




Pastu bila tengah syok kemas, si gegirl hilang. Aku dah cuak takut-takut dia kena gigit lipas ke, semut jentik bontot gebu dia ke.



Rupa-rupanya.......





Dia main nyorok-nyorok bawah sofa. Nampak ekor dia tu. gegirl, mami dah jumpa gegirl. Tompokan tepi kotak tu adalah tompokan cat. Hari tu aku cat, pastu cecair cat tu jatuh. Mana tahu kalau-kalau ada yang cakap tu tahi. Aku takdelah sepengotor tu. 



Dalam setengah jam macam tu. Siap lah kemas bilik yang tak seghope bilik tu. Dan gegirl pun happy. Pandai gegirl, dia tolong kutip plastik makanan kecil bawah sofa bawa keluar dari bawah sofa (sebenarnya dia kuis-kuis je). Eeee, gelinya. Boleh pulak ada sampah makanan bawah sofa. Apa bilik anak dara macam tu? Kata-kata mak yang sentiasa menusuk kalbu. Ok mak, dah siap dah.




Dia dah letih tolong kemas bilik. Siap ada mainan lagi kat tangan dia. Pastu bila jalan je, nampak lampu-lampu. Sangat comel.