Friday, 14 June 2013

Akhirnya!! Biru pilihanku


Assalamualaikum..


Aku dah lama nak pakai benda sinar-sinar ni. Dah lama, sejak zaman sekolah lagi. Almaklumlah, dilahirkan dengan gigi yang macam ni, aku rasa rendah diri. Dahlah muka tak semenggah pastu gigi macam tu. Lagi down keyakinan ini. Nak-nak dulu masa sekolah rendah kawan-kawan suka gelar kita dengan macam-macam gelaran. Sakit hati ni. grrrrr



Appointment pertama aku pada 23 May 2013. Masa tu first time setelah 4 tahun tak g klinik gigi, aku gagahkan jugak. Dia cek apa yang patut. Pastu letak pekebenda entah kat mulut. Sakit sikit je, tapi tahan lah kan. Masa doktor tu tengah selidik gigi aku, aku sempat jugak tanya. "Sakit tak doktor kalau pakai benda tu?" Doktor tu cakap, tak ada benda yang nak cantik tak sakit. Lebih kurang dia nak cakap, kalau nak cantik kena sakit dulu. Lepas dia kodek-kodek gigi aku yang tak semenggah ni, dia dah aturkan untuk cabut gigi.



Aku kena cabut 4 batang gigi sebenarnya. Tapi sebab satu batang dah cabut sebab rosak, jadi kena cabut tiga batang lagi. Oleh sebab aku cuti, jadi terpaksa buat awal bulan enam haritu.



Harga braces aku RM5500 tu belum termasuk cabut gigi, x-ray dan sebagainya. 



23hb May - Registration, doktor kodek-kodek gigi aku. Dia pilih dulu gigi mana nak kena cabut (RM150)
4hbb June - Cabut tiga batang gigi. Sebenarnya boleh je kalau cabut satu satu dulu. Tapi sebab aku tak suka menunggu, aku suruh doktor cakap tiga batang sekaligus. Tamak kan aku ni? Pastu dia x-ray. Masa nak cabut tu, dia cucuk dulu kat gusi. Tak sakit sangat pun. Aku ada tanya doktor "sakit tak? "Dia cakap tak sakit pun. Dia suruh aku pejam mata dan bayang kan suasana yang romantis. Tahu tak apa yang aku bayangkan time tu? Aku bayangkan Jericho Rosales melamar aku dan kami hidup bahagia bersama anak-anak. LOL. Pastu aku rasa benda tu macam mengarut je, aku pun bayangkanlah yang aku tengah makan nasi dengan mak. Borak-borak dengan mak. Tapi siyes, tak sakit pun. Time ni RM462 aku kena bayar. Dia bagi ubat tahan sakit dll


13hb June - Tiba masanya aku pakai braces. Intro payment dalam RM2000. 100% dibayar oleh ayah.


Aku balik Kelantan je, mak aku cakap membazir je pakai benda ni. Jeles sebenarnya mak aku ni kan. ciss



Peace ^___^


15 July ni aku nak pakai warna hijau ah. Aku tak nak colourful sangat. Aku lebih suka satu warna dalam satu masa. Cool bebeh. :)