Saturday, 18 May 2013

Notis Untuk Ayah Ambil Pendrive Kat TV


Assalamualaikum..


Pagi tadi ayah dah balik Gua Musang. Sempat gak g Tesco KB beli barang dapur semalam. Lepas tu g wakaf che yeh beli sayur-sayuran. Ish3. Kenapa tak nak beli sayur di Tesco je? Jawapannya kalau mak beli sayur kat Tesco, ayah takkan g Wakaf Che Yeh. LOL.


Sebelum ayah balik dia suruh aku masukkan lagu dalam pendrive. Ada pulak dia minta lagu dikir barat. Maaf ayah, kita tak layan dikir barat.



Sebelum tidur, letak notis ni kat tv ruang tamu, pastu masuk tidur. Hihi. Sayang ayah.



LOve :


Anakmu, Iza dan Azi yang sentiasa menyayangi ayah yang sanggup buat nescafe susu tanpa bantahan kalau ayah minta.