Tuesday, 14 May 2013

Mak tak masak, jadi aku dengan adik beli barang dan masak sendiri


Assalamualaikum..


Hari ni mak tak masak. Dia cakap dia tak masak sebab selalu makanan yang dia masak mesti tak habis. Mana tak nya kan, yang makannya tiga orang je tapi masak macam untuk makan 10 orang. pastu kalau tak habis, bebel susah buang sampah lah, kena tunggu ayah balik baru buang sampah lah. Padahal suruh je lah adik start motor buang sampah kat depan. Apa susah. (-_-)



Itu salah satu taktik mak untuk kitorang habiskan makanan yang dia masak. 
Dah masak dah



Oleh sebab mak tak masak, jadi kami adik-beradik start motor merempit petang tadi. tapi sebelum keluar, mak dah kasi amaran "jangan bawa motor laju-laju. Penat mak basuh motor " Hahaha. kesian mak kita. yang gunanya orang lain, tapi yang basuhnya mak kita. hihi



Tada. kitorang beli burger dengan aiskrim. burger ayam mestilah jenama Ramli sebab adik utamakan jenama ramli baru yang lain. Kalau g mall mana-mana, pastu nak beli nugget ke, hotdog ke, mesti dia akan beli jenama Ramli. Bila makan, sedap pulak. kih3




Banyak kan? Yang ni kalau masak banyak-banyak kami adik-beradik boleh habiskan. Mak dah buat muka dah.



pssss : kepada anak-anak, lain kali kalau mak masak habiskanlah makanan tu. Takut-takut keesokan hari dia tak masak atas alasan makanan yang dimassak tak habis.