Thursday, 30 May 2013

Kelas tu pada malam hari


Assalamualaikum..


Sekarang wa tengah layan cerita Hantu Mak Limah Balik Rumah. Ni adik wa ah banyak cerita suruh pasang kat tv. Guna pendrive. Pendrive wa plak tu. Pastu banyak cekadak pulak dia kan. Suruh buat air pun malas. Wa? Malas!! Usah ditanya lagi..


Time table untuk semester baru nanti (-__________________-)


Aku benci lah sebab aku ada dua hari kelas malam. Isnin Selasa. Pagi-pagi kat rumah aku nak buat apa? Kang terserempak dengan housemate tepi jalan. dia nak balik rumah aku nak g kelas. TROLOL


Kelas malam bukan tak best cuma rasa takut sikit. yelah, kita kan perempuan pastu balik malam-malam. Kalau rumah dekat tak apa. Ni nanti aku nak pindah area Ampang. Rumah baru aku tu dekat dengan LRT Chempaka. Tak jauh tak dekat. Kira 5050 la


Masa nak register, dia tak offer pun kelas siang. Dia cuma offer satu kelas je. Nak tak nak kenalah pilih kelas yang diberikan. Dak kelas aku selalunya 98% memang perempuan. Lecturer pun perempuan. Tak ramai yang nak ambik bidang Accountant ni. Kelas aku tak sampai 15 orang pun pelajar.



Doakan je semoga tak ada mamat hitam yang kacau aku nanti.




Gunalah barang buatan Malaysia. Eh, apa kena mengena. Sebab aku rasa bangga dapat korek telinga guna barang buatan Malaysia. hahaha. (^__^)


pssss: gambar tak lawa sebab aku tak reti adjust kamera tab ni. Sadis kan? Aku memang tak reti. T___T