Wednesday, 27 March 2013

Mengambil Sesuatu


Assalamualaikum..


Hari tu aku g sekolah. Dengan memakai seluar yang macam kain, pastu pakai baju purple, cardigan kelabu, tudung sarung warna cekelat curi adik punya. Dah macam ustazah dah. Sebab pinjam tudung adik kan, konfirm labuh. Seronok juga ada adik macam ni. Tak yah susah-susah terpekik terlolong suruh dia tak yah pakai baju sendat. Malah, dia yang selalu nasihatkan aku. -_-


Aku g sekolah ambil sijil SPM. Dah tiga tahun berlalu, tapi baru hari ni g ambil. Malas lah nak g sekolah. Nanti rindu pula dengan kawan-kawan yang sengal tu. Ye, memang aku rindu. Bila pandang setiap sudut, aku pasti teringat kat situ lah kitorang bertemu, kena marah dengan cikgu, ponteng kelas sebab main banjir, kehulur kehilir g tandas. Ahh, kenangan terindah.


Masa pergi, budak-budak yang ada kelas tambahan tengok semacam je. Mesti diorang cakap, dak sakai mana datang sekolah ni. Pakai baju macam g berkebun je. Sobs.


Pastu jumpa kerani kat situ.


iteww : "kak, saya nak ambil sijil SPM. Tahun 2010"
k.kerani : " kejap ye dik. Bak Ic. Kenapa baru nak ambil ni?"
iteww : " saya tak sempat nak datang sekolah lah kak" Takkan nak cakap jujur yang aku malas datang sekolah kot. Ya Allah, maafkan aku sebab menipu. Takde niat nak menipu.
k.kerani: " Kelas apa dulu?"
iteww : "5 Beta"
k.kerani : "tunggu kejap ye. Ingat nombor siri tak SPM dulu tak?"
iteww : "hah? tak ingat lah kak" macam mana nak ingat. SPM dah tiga tahun berlalu, =_=

beberapa saat kemudian..

k.kerani : " ni nama adik kan? sign kat sini"
k.kerani : "jangan g lagi. Tunggu dulu"
iteww : "ok"
k.kerani : "sign kat sini juga"
iteww : sign "terima kasih bebanyak kak"


Yayy!! dapat dah sijil SPM 2010 iteww tu ye nyah.