Sunday, 24 March 2013

Main Masak-Masak Dengan Mak Tercinta


Assalamualaikum


Hari ni aku bangun awal. Alhamdulillah, aku masih bernafas lagi. Sempat lagi aku dengar mak bebel kat adik sebab bilik bersepah, sempat dengar mak bising-bising sebab kucing tua yang tak sedar diri tu kencing tepi tangga, sempat juga aku tengok mak siram pokok bunga yang banyak nauzubillah tu. Kalau lalu depan rumah aku, memang tak boleh beza dah rumah dengan hutan. Sobs. Tapi tanam pokok sangat-sangat bagus. Contohi Normah bt Salleh. mihehe


Tadi mak masak. Aku tengah baca novel kat bilik. Rasa tak best pula tengok mak masak sorang-sorang. Adik dah g kelas tambahan. Aku pun tolonglah sikit-sikit. Dengan berat hati tinggalkan novel sebelah bantal busuk.


Slow-slow g kat mak


Iza : "mak masak apa?"
mak: " Ayam"
iza; "oh. nak tolong"
mak: "sejak bila nak tolong ni. Tahu lah dah reti masak"


*kembang setempayan*


mak : "letak garam dengan gula. Pastu bubuh kat sayur"
Iza :'Ni gula ek?"
mak : "tu ajinomoto. Garam dalam esbok (peti ais) lama"
iza : "oh"

iza : "macam ni ke mak?" sambil tunjuk sudu yang dah diisi gula
mak :"jangan banyak-banyak"
iza : "macam ni ke mak" sambil tunjuk sudu yang diisi garam
mak : "hmm. Pastu kacau"


Hahaha. Aku rasa happy sangat dapat masak hari ini. Tak lama lepas tu, adik balik.

adik : "fuiyoo! siapa masak ni?"
mak : "kakak kau lah"
adik : "boleh caye ke? setakat kacau tak yah nak kecoh"


Budak ni memang belum kenal lagi erti penyesalan nampaknya. ciss. Tengok kakaknya sebelah mata je. Tapi alhamdulillah, dapat gak belajar sikit-sikit. kuang3. iteww pandai masak tau. Wakakaka

iza : " azi, ambil kan aku sekor lagi ayam"
mak : " apa sekornya. seketul ayam."
=_=

ok fine