Saturday, 8 December 2012

Simple (Entry Bergambar)


Assalamualaikum..


Aku ni seorang yang simple-simple je. Beli baju pun dekat Time Square tak pun mana-mana butik yang menarik perhatian dahku. Kawan pun dengan orang-orang yang sama je. Tak delah hebat mana pun. Study pun bodoh-bodoh je asalkan faham. Bawa pen g kelas pun cukup-cume cukup warna je. Merah, biru, hitam, liquid, pembaris. kah3.  Beg pun beli dekat Time Square je. See see, simple tak aku.


kalau time-time cuti ni tak de nak g mana-mana pun. Duduk melingkar atas katil selain meningkatkan daya ketahan dengan buat sit up atas katil. Aku dah rasa macam katil tu dah jadi aku punya tempat bersenam. LOL (-_-)


Kalau g kelas pun, suka pakai selipar sama. Selipar yang beli dekat wakaf che yeh yang berharga rm20. Tu pun kebas duit mak. hewhewhew. pakai baju pun sama je setiap minggu. Kalau buka wardrobe macam dah takde mood nak tengok sebab asyik yang sama je. Duit MARA save untuk kahwin nanti. haha


Contohnya, aku plan nak beli baju. Budget untuk baju rm100. Tu aku dah kira la, tambang bas, train aliran Kelana Jaya, train aliran Ampang, pastu naik monorel. Totalnya dalam kurang Rm5 macam tu. Aku ni seorang yang berkira bab-bab duit. Aku akan fikir berulang kali untuk beli sesuatu benda. Aku juga akan fikir, apa kesannya kalau aku beli. Aku pakai ke? Kalau aku tak pakai., kan dah satu pembaziran kat situ.


Sebelum keluar keesokan harinya, malam tu aku akan list dulu apa yang patut aku beli dan buat. mana tahu kan, ada yang bagi cadangan nak main bowling la, itu la, inila. Tak tahu juga kan? yang penting tak lari budget la. Kalau lari budget, aku akan menyesal sambil buka kotak makanan pastu termenung dan mengeluh sambil berkata "apa aku nak makan nanti? Menyesalnya membazir"


alolololo.. omeynye si shin ni. nama dia shin. Roomate punya, tapi kalau dia takde g shooting aku yang tolong tukarkan habuk habuk dia, makanan dia, mandikan dia. blablabla dia. Dah macam hamstersitter dah. -_-



Shin ni jantan, tapi, tapi. Pink!! Ye, pink. Pink tu yang mengeruhkan suasana sebenarnya. Aku benci pink, itu dulu. Sekarang minat gila. haha. Sabar ye Shin walaupun aku tahu kau begitu membenci pink. terima je la dah tuan kau minat pink kan. 



selipar yang comel lagi gojes. pakai time kat bilik je. kat luar dari bilik tak pakai, takut kotor. Mak kasi. :P



Aku memang obses gila dengan warna biru. Setiap hanger aku tulis nama aku depan belakang. Biar takde sapa ambil. Maklumlah, duk hostel kan? dugaan banyak 


K daa  。◕‿◕。