Friday, 9 November 2012

Oh POF


Assalamualaikum.. 


Kat facebook ramai dah yang duk heboh tentang result UITM diorang. Aku je yang terkebil-kebil sebab aku bukannya budak UITM. Aku nak ucapkan good luck kepada masyarakat yang dapat result melalui email.
。◕‿◕。



Sekarang ni aku tengah sibuk study pasal satu subjek ni hah. Subjek tu adalah Principle Of Finance. kalau dulu aku duk sibuk study subjek Accounting, kali ni aku nak fokus sal POF ni. Subjek ni sebenarnya sama je cam Accounting. Tapi yang lainnya adalah dalam subjek ni, takdelah belajar mendalam macam Accounting. 



Kalau belajar Accounting, bila boyfriend mesej mesti kita terpaksa abaikan. Sebab kalau kita tengah duk study, pastu ada orang mesej. Kita ambil fon tu, belum lagi nak buka, baca pula, sengih-sengih lagi, pastu reply. Bila dah reply, mestilah akan jeling-jeling kat fon nak tengok mesej dah dibalas ke belum. Pastu sambung study balik. Tak sedap hati pula kenapa tak reply-reply lagi. Tengok fon sambil berkata nape tak reply-reply lagi ni. Study. pastu tengok fon lagi. Sampai kesudah. 



Oleh itu, katakanlah pada boyfriend yang kita tengah study ok. Dia memahami punya. Kalau tak memahami, terajang je. 
>.<



Say hye to Teddy 



Say hye to Encik Kalkulator




and say hye to Sunsilk. LOLz  *^_^*


Formula jangan nak cakap lah. Memang konpem-konpem kena ingat. Banyak lak tu. Tetiba teringat pula satu formula yang takkan aku lupa sampai sekarang




Aku takkan lupa formula ni. Ini formula yang cikgu Ghasidah kasi kat kami waktu aku sekolah rendah lagi. Time tu darjah tiga. Dasyat tak? Dasyat tak? Sebab boleh ingat nama dan darjah berapa lagi. hewhewhew. Tapi tak konfirm la -________-




Kenapa aku minat Matematik? Aku minat matematik sejak aku sekolah rendah lagi. Matematik ni best taw.Lagi best dari subjek Biology yang killer tu.  >.<


K la, nak tidur. Nak menyelinap slow-slow g bilik mak. Nak tidur dengan mak. 
Daa