Thursday, 8 November 2012

Gemuk itu Subjektif. Eh ?


Assalamualaikum.. 


Aku tak rasa semua rakyat Malaysia ni semuanya kurus. Mesti ada yang gemuk. Aku pun gemuk. Bila kita gemuk, semua benda rasa susah nak buat. Berjalan cepat mengah. Semput-semput. Orang lain jalan dari KL ke Sabah rileks je, kita baru keluar rumah nak g letak pasu kat belakang rumah dah semput-semput


Bila kita gemuk, mesti akan ada orang ejek-ejek kita. "eh tu kan budak gemuk. Dah lah gemuk, hodoh pula." Mulut manusia ni tak boleh nak tutup. Kalau dah mulut puaka tu memang puaka. Semua benda nak kutuk, perfect sangatlah dia tu. Dahlah muka banyak jerawat. Eh? 


Manusia memang tak reti bersyukur dengan apa yang dia ada. Bila dah kurus, terfikir dia tu masih gemuk. Lagi nak kurus. Kena lah ingat, Allah sayangkan manusia yang sentiasa bersyukur 

*ehem* ok serius 


obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang
Secara ideal, pada tubuh seorang perempuan terdiri dari 25 – 30% lemak sementara pada lelaki 18 – 23%. Bila lemak tubuh melebihi 30% pada perempuan dan 25% pada lelaki maka orang tersebut sudah bisa dikategorikan gemuk atau obesiti. Cara menghitung kegemukan yang paling mudah adalah dengan membandingkan antara tinggi badan (kg) dengan berat badan (m) atau dikenal dengan istilah Body Mass Index (BMI).




Kesan kalau badan tu gedempol:
♥ Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
 (angin ahmar)
♥ darah tinggi
♥ Batu hempedu
♥ Diabetes (kencing manis)
♥ Paras kolestrol darah yang tinggi
♥ Gout
 di bahagian bawah belakang badan
 bernafas
 spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
 pembuangan air kecil
 hati
 usus
♥ Peningkatan Kadar Kolesterol 
♥ Stroke.
♥ Serangan Jantung. 
♥ Gangguan Tidur.



Apakah yang di maksudkan dengan BMI dan bagaimana cara mengira berat badan ideal?
 BMI (Body Mass Index) atau Indeks Jisim Tubuh merupakan satu piawai pengukuran bagi menentukan berat badan yang unggul.
Kurang dari < 20   =     Kurus
20 hingga 25          =     Berat badan unggul
25 hingga 30          =     Berat badan berlebihan
Lebih dari > 30      =     Obesiti

Cara kira BMI
Formula BMI = Berat (kg) / [ Tinggi (m) x Tinggi (m) ]
 Pengiraan BMI hanya diterima pakai jika berumur antara 18 hingga 64 tahun. Ini adalah kerana golongan dewasa mempunyai saiz dan komposisi yang lebih stabil.


Tapi, janganlah kurus macam ni.  Kang dah tak boleh beza mana satu manusia mana satu pokok taugeh. Dah serope je. teehee 


Daa. Nah, lep lep banyak-banyak