Friday, 9 November 2012

Cuti Yang Entah Apa-Apa


Assalamualaikum..


Caye tak kalau aku cakap hari ni aku bangun awal? Jam 10 hahaha. Kalau kat rumah, jam 10 merupakan waktu yang paling bagus untuk remaja macam aku. Kalau dekat hostel, jam 6pagi dah kena bangun sebab jam 8 pagi aku dah ada kelas. Kena rush sebab dari hostel ke kolej bukannya dekat. Nak-nak waktu pagi. Konfem sesak ah. Leceh lah duk KL ni.


Aku cuti lagi seminggu je. Jadi aku kena habiskan sisa-sisa cuti aku ni dengan benda yang berfaedah. Contoh macam tengok tv, basuh baju, makan, tidur, tengok tv lagi, makan, tidur.  (-_-)


Kalau dekat rumah, bangun-bangun je mak dah masakkan makanan dah. Tak gosok gigi terus makan. Pernah satu hari, aku bangun terus tengok mak masak apa time tu. Aku ambil pinggan, cedok nasi ambil lauk. Basuh tangan terus makan. Mak cakap, "ni dah gosok gigi ke belum terus makan" "belum" LOLz


Kalau dekat hostel bangun tidur takde dah nak tengok dapur sebab konfem-konfem takde sapa nak masakkan untuk aku. basuh muka,berus gigi terus tengok bawah katil. Aku simpan cekedis kat dalam kotak dan aku sorokkan kat bawah katil. Ada lah sikit makanan. roti dengan kaya pastu ada sisa-sisa kepok yang aku makan tak habis semalam. Sedihnya :'(


Oleh itu, hargailah detik-detik bersama keluarga dirumah. Selain dapat luangkan masa dengan mak yang cantik dan adik yang gedik serta cek'eng si kucing betina yang kerdil yang tengah sarat mengandung, dapat juga merasa makanan yang sedap-sedap.


p/s: mak tacing dengan aku. Haha. Dah, nak pujuk mak slow-slow jap. ~.~