Sunday, 9 September 2012

sahabat


Assalamualaikum..


Sahabat adalah bila mana diorang sentiasa ada di sisi kita bila susah, tak kira lah sahabat tu lelaki ke perempuan. Dia sanggup teman kita malam-malam sebab takut nak g berak,"wei, kau ada tak?" " wei, aku tengah berak ni, jangan tinggalkan aku", sanggup temankan kita tengok wayang, sanggup tolong membernya tak kisahlah time tu hujan rintik-rintik, sanggup , sanggup, sanggup dan dia sanggup buat apa je untuk membernya. (ada ke?)





kawan selamanya. Apakah selamanya sampai ke alam kubur? apakah kat kubur kita boleh duk dekat-dekat macam belangkas. Atau apakah kawan selamanya ni boleh bimbing kita ke arah kebaikan? kalau tak ada, jangan letak kawan selamanya, kawan hanya di dunia saja


Aku tak amalkan best friend forever ni sebab tak semua yang dekat dengan kita, yang duk kongsi masalah, kongsi masalah dengan boyfriend adalah kawan yang betul-betul bagus dan boleh dipercayai. Mana tahu dia kawan dengan kita sebab pandai, kaya, high class, kawan-kawan kita semuanya handsome-handsome atau sebaliknya. Tapi yakin lah, hanya 10% je yang boleh dipercayai manakalah selebihnya haram -.-'





tapi aku tak faham kenapa segelintir boyfriend atau girlfriend akan marah pasangan masing-masing kerana terlalu rapat dengan member sendiri? tahu tak, berkawan tu tak semestinya kawan dengan kaum sejenis je. Kena kawan dengan semua orang. Binatang pun boleh jadikan sebagai kawan.



Ada sesetengah orang, dia kerja untuk menampung kawannya. Dia berkira dengan ibu sendiri, ini dimana bila ibu dia nak pinjam duit dia akan berkira. Padahal dia ada cakap yang dia takkan berkira dengan member sendiri. Sebelum taknak berkira dengan member sendiri, jangan berkira dengan ibu sendiri


Kalau nak dibanding ibu dengan kawan, ibulah yang paling banyak berkorban. Sanggup menahan sakit bersalin, kawan sanggup? sanggup basuh berak time kita kecil, kawan sanggup? sanggup tahan lapar, kawan sanggup? sanggup jual barang kemas kesayangan demi kita, kawan sanggup? sanggup bangun pagi g kerja untuk beri sesuap nasi untuk kita, kawan sanggup? sanggup bermuka tebal pinjam duit untuk besarkan kita, kawan sanggup? sanggup bayar bil elektrik dan bil air rm300++, kawan sanggup? sanggup berkorban demi kita, kawan sanggup? sanggup tak? sanggup tak?






Kenapa mesti nak cakap tak berkira dengan kawan sedangkan dengan ibu sendiri berkira sampai 50sen pun berkira. Nak dibandingkan jasa ibu dengan kawan, jaraknya memang tak terkira. kalau dia kawan yang baik, dia takkan suruh kita belanja dia selalu. Dia ada mak ayah kan? Semiskin mana pun mak ayah seseorang, dia takkan bagi anak dia kebulur. Jadi, jangan duk susahkan orang.


Oleh itu, nak cari kawan biar betul. Boleh nak berkawan dengan sesiapa, make sure kawan tu bagus dan layak buat kawan. :)