Friday, 7 September 2012

Mak sakit, so apa lagi? Jadilah anak yang baik.


Assalamualaikum.(",)


Hari ini aku tak nak cerita pasal jiran sebelah borak-borak dengan mak lama gila, tak nak cerita kucing jantan dengan kucing betina tengah mengawan, tak nak cerita adik buat air teh tak sedap untuk aku. tak tak.


aku nak cerita hari ini aku jadi perempuan baik, erm baik ke? Dari kecil sampai sekarang aku jarang g dapur. Setakat g dapur nak mencekik ais kat esbok(peti ais), curi shampoo kat bilik air adik, atau ambil cawan pemberian colgate untuk buat air teh


Mak aku sakit, dia demam sebab badan dia panas. Selalunya kalau aku bangun tidur je, mesti cawan-cawan kat dapur, dah dicleankan, karpet dah di vacuum, dah takde habuk atas tv, baju-baju, spender-spender dah dilipat.


Aku pun dengan rela hati, basuh kesemua pinggan-pingan kotor yang ada kat dapur. Bapak banyak gila, berpikul-pikul. Time tu juga, bibik!! i need u right now. Macam mana lah mak aku buat kerja macam ni sorang-sorang. Ganas gak mak aku ni. W_W


Basuh kejap, g luar tengok tv. pastu g dapur sambung basuh, beberapa saat kemudian g luar tengok tv balik. pastu sambung basuh balik. Lebih kurang setengah jam juga baru siap. Aku kemas semuanya. *bangga jap


Pastu aku tengok mak aku tengah tidur. Susah hati sebab takde sapa nak gaduh dengan aku.Selalunya ada orang bertekak dengan aku sebab lambat bangun, takpun sebab tv tak tutup, tak pun sebab tak kemas katil mak. tulah sapa suruh tidur kat bilik mak aku. keluarga aku pegang prinsip, sapa last dia kemas. -.-'


Aku g kat mak aku.
iza : "mak, kita letih" sambil pegang tangan mak. picit-picit tangan mak
senyap
iza : "mak, kita letih basuh pinggan" -.-
mak tak hiraukan aku. Mungkin dia letih sangat-sangat. Aku masuk bilik time tu juga dengan niat taknak kacau mak.


Nyanyi lagu natang apa ntah, sampai tertidur. Jam 6.45 lebih kurang, aku tersedar dan tengok-tengok mak aku tengah meniarap atas katil sambil layan internet. Aku berfikir sejenak, apakah ini taktik dia untuk menguji aku? apakah dia sengaja kenakan aku? atau ,erm. atau malas dah nak fikir. banyak persoalan dalam kepala otak aku ni.


Walau apa pun, urusan dapur memang kerja orang perempuan ni -.-' benci > <