Thursday, 6 September 2012

kucing


Assalamualaikum (",)


Hai saya Siti Aniza berasal dari Johor Bharu dan sekarang menetap di Kota Bharu. persamaan di antara KB dan JB ialah huruf B. Kawan-kawan saya selalu cakap, saya asal mana? kenapa duduk kat kelantan? Sebab, erm.. sebab. Ayah saya beli rumah dekat Kelantan. Ayah saya cakap rumah Kelantan murah-murah. Jadi saya campuran johor dan kelantan. Sebab tu kalau kawan-kawan cakap saya asal mana, saya akan cakap Jotan. Tapi bukan nak cerita pasal Johor atau Kelantan. eh tak tak


Dulu lepas mak dengan ayah duduk dekat Sarawak, mereka pindah dekat Kelantan. Maklumlah, ayah askar. Suka pindah-pindah, benci betul ><


Kem Desa Pahlawan kami duduk, ala kawasan Kok Lanas tu. Nak dijadikan cerita, masa tu aku baru balik dari sekolah rendah, tetiba kawan aku, Mimi panggil aku. Dia suruh aku jaga kucing dia sebab nenek dia datang rumah dia time tu, nenek dia pembenci kucing. Aku pun ok je, bawalah balik kucing tu. Masa tu aku kecik lagi tak boleh beza jantan dengan betina. Kucing tu jantan sebab ada benda besar kat buntut dia. . Benda tu besar kat buntut dia. eh, dah lucah ni. next


oh ye, nama kucing tu Manja. Aku bawa balik rumah, time tu mood mak aku ok je. Tapi malangnya kucing tu berak atas kerusi mak. Mak pun melenting lah sebab sah-sah lah dia yang kena buang tahi tu walaupun aku yang rela hati nak bela. Mak suruh buang. Esok hari, aku cakap kat Mimi, mak aku tak nak bela. Kitorang simpan kucing tu dalam stor bawah. kitorang bagi makan pisang -.-'


Sebab kesian tengok kcuing tu tak makan, eh mana ada kucing makan pisang? sebab tengok pisang tu tak terusik, jadi aku senyap-senyap masukkan kucing tu dalam rak kasut depan pintu rumah aku. Aku tutup dengan kasut. Tetiba malam tu, kucing tu meow meow. Aku nangis suruh mak masukkan, mak dengan hati batunya tak nak bagi masuk juga. period kot. Aku nangis dan nangis, akhirnya mak mengalah juga. yes! mungkin period mak dah habis sebab tu bertukar baik


Aku pun jagalah kucing tu sampai Mimi minta nak ambil balik kucing tu aku tak kasi. Puas taw aku nak pujuk mak aku soh bela kucing tu, sedap je ekau nak ambil balik. Nak dijadikan cerita, ayah aku kena pindah rumah sebab dia dinaikkan pangkat. Pegawai Waran 2 kalau tak silap. Masa tu takde kereta, kitorang jalan kaki. Dari rumah lama ke rumah baru ni ambil masa 15 minit juga lah. Ayah, adik dan mak sibuk bawa barang, aku pula bawa kucing yang dibalut kain batik mak. hehe


manja lebih kurang macam ni *curi incik google 


Sejak tu, kucing aku tu jumpa kekasih hati dia. Beranak pinak satu rumah. Banyak memang tak terkata lah. Mujur cute-cute. Cuma adalah yang hitam legam macam bontot kuali mak. Sejak aku pindah rumah yang aku duduk sekarang, keturunan si Manja tak duduk dengan aku lagi. Sebab dia lari time aku bawa pindah. takut dengan suasana baru kot. Sebab kawasan rumah aku pokok getah =,=


Mak aku beli kucing, mati. Mahal pula tu, kes batu karang. Ayah aku lambat hantar klinik kasi potong punya. Sekarang, ada 3 ekor kucing, dua ekor jantan, sekor betina.


kelabu(jantan), hitam putih(jantan), putih(betina). mak aku tak suka kelabu sebab dia dah tua dan daif lagipun dia suka kacau kucing yang tengah-tengah tu. Asyik gaduh je -.-' oh ye, ni gambar kucing






ye, aman rumah. Mak aku pun taklah bebel sebab kucing yang kelabu asyik kacau yang hitam putih. Tak boleh bersemuka langsung, pasti berkelahi. damn



p/s : sayangi kucing. :D

doakan aku kurus.