Tuesday, 11 September 2012

banjir Di Sekolah


Assalamualaikum..


Tadi hujan lebat gila. Kilat sambung-menyambung. dermm!! dermm!! 20saat kemudian,dermm!! Terpaksa tutup laptop, nanti kang apa-apa berlaku kat laptop, mati aku. Dahlah pinjam laptop mak,sedar diri sikit ye, kalau dah meminjam, tetap meminjam  -.-'


Tetiba teringat time sekolah-sekolah dulu. hehe, aku dengan kawan-kawan suka main hujan. Kalau hujan, kelas kitorang akan banjir. Banjir paras buku lali je. Kalau kat luar kelas, memang konfirm sampai lutut lah.


paras air banjir kat sekolah



Lepas habis kelas, kitorang merayap satu sekolah. bestnya!! Tapi yang paling best tak belajar lah sebab makmal masuk air. Student manalah yang tak suka kalau cikgu cakap kelas takde. Motif? sebab banjir. Nak minta hari-hari banjir lah. hewhewhew


bila banjir, masing-masing dah standby bawa selipar dari rumah. Dengan tujuan nanti kasut sekolah basah. Bagi yang malas macam aku, memang haram lah nak sental kasut kat bilik air. Nak tak nak masuk je dalam mesin basuh.


letak kasut dalam mesin basuh. hehe 



Bila banjir, kitorang tak masuk kelas. Kitorang g main air, duduk-duduk atas kerusi. Sampai sekarang, aku masih merindui zaman sekolah. Serius, bila sekolah rasa malas dan benci dengan sekolah. Bila dah habis sekolah, pasti merindui sekolah. W_W