Wednesday, 1 August 2012

Hobi Aku


Assalamualaikum..


Setiap manusia kat muka bumi ni ada hobi masing-masing. Nipu lah kalau tak ada hobi, sedangkan kucing aku pun ada hobi. Hobi dia adalah ngurat kucing betina, pastu kena reject dek kucing betina tu sebab kucing betina tu ada kucing jantan yang gagah dan macho. Dia buat muka lalu balik gesel-gesel kat kaki mak tanda mengadu. Pastu termenung dekat jendela. Mak goncangkan whiskas, terus hilang rasa kecewa dia. hahaha. Itulah kucing aku. Selalu kalah bila nak tackle awek. Sungguh sadis kucing aku tu. Apa kena mengena dengan hobi? =,='


Mesti pelik dengan hobi aku kan? Hobi aku suka kumpul duit 50sen dan duit syiling buruk. Ini bermaksud suka kumpul duit syiling yang dah lama. Sebagai contoh, aku makan dekat kedai mamak. Biasanya kedai mamak akan kasi kertas warna putih. Atas kertas tu dah termaktub harga yang patut aku bayar.


Sebagai contoh, harga aku makan dekat situ RM4.60. Jadi aku akan kasi Rm10.60. Jadi, aku dapat baki Rm6. Hah, aku tak suka ada balance sen sen ni. Misalnya baki 40sen ke, 30 sen ke. Jadi, aku minta tukar dengan incik kaunter tu duit syiling 50sen. Until now, dia dah masak dengan perangai aku kalau aku makan situ. So...


Rm6 = 12 keping duit syiling 50 sen


Hah, itulah hobi aku. Aku memang suka gila duit syiling 50 sen. tak kiralah dari mana sekalipun, aku tetap nak dapatkan duit 50 sen walaupun terpaksa minta tukar dengan kawan-kawan. Hahaha. Mujur aku ada kawan yang memahami.


Hah, satu lagi kalau naik train.Sekarang kan dah guna token, dah tak macam dulu guna kad. Aku rasa guna token lagi senang dari guna kad. =,=''


Sebagai contoh, aku duk kat Wangsamaju, dari wangsamaju ke Masjid Jamek Rm2.10 je. Aku suka kasi yang lebih belakang tu. Kalau rm4.30 aku suka kasi rm5.30. ahh, ghasaklah. Lebih kurang macam tu la.  Jadi bila ada balance, akan keluar duit syiling. Hah, dapat 50sen lagi  :)


Satu lagi, aku suka kumpul duit lama. Yang buruk-buruk tu, hah tu aku suka simpan. Duit mekah pun aku ada taw. Sila jeles :P


Duit indon pun ada. Member aku kasi. Rp1000. Dia memang kedekut sebab tu kasi Rp1000 je. =,=''


Sekarang aku tak ada kat KL. Nanti kalau aku balik KL, aku tunjuk sebagai bukti aku berkata benar.


K la, nak tolong mak kemas rumah. hari ini aku rajin gila tolong mak kemas rumah. Vacuum karpet depan tv, vacuum ruang tamu, menyapu. Paling penting, aku kemas bilik adik aku. Wahhh, syabas! Aku kakak yang baik.


Mood : Rajin gila update blog. Takpe2, bukan selalu pun. Nanti dah balik KL tak leh update dah sebab aku tulah, sapa suruh gedik sangat nak beli Ipad, ini kerana aku telah berjanji dan berazam pada ayah. Kalau aku ada Ipad nanti, akan ku kasi laptop aku pada mak. Wuwuwuwu.