Friday, 3 August 2012

Exam T_T


Assalamualaikum..


Sapa suka exam? Sila tepuk tangan tanda anda sangat beruntung.


Malam tadi aku tidur jam 2 lebih lebih pagi. Study!! Lepas tu tidur tapi tak lupa kunci jam. 4.30 pagi ok. Kena kejutkan mak takut mak tak bangun. Kang kebulur kami tak sahur. Bangun bangun je mak dah masak dah. Malam sebelum tu ayah minta buatkan nasi goreng. Tapi tak habis juga. Suatu pembaziran (-_-)



Lepas sahur, aku kemas bilik. Sementara nak tunggu azan subuh, kemas lah jap. Kang kalau tidur, sampai ke zohor lah jawabnya. Mak  cakap "aik, rajinnya budak tu kemas bilik" Aku tak tahu sama ada itu satu pujian, kritikan, perlian atau penghinaan. =,=''


lepas solat subuh, bacalah jap ayat suci al-Quran. Sungguh tenang membacanya. Sehelai dua m/s pun jadilah. Bulan puasa ni kan, cari amalan lebih. Bukan bulan puasa je, bulan bulan lain pun kena baca juga. Ini idok, bulan pose je membacanya, bulan lain nangharemm.


lepas tu, study balik. Aku study bab 2. Tajuknya Partnership Introduction. Not bad lah chapter ni, cuma kena ingat format je. If u remember the formula, insyaAllah u will pass in ur exam. Aku kena hafal banyak format. Aku kan ambil kos Accounting, jadi aku kena ingat banyak formula. Aku kena ingat debit credit, aku kena ingat income statement,aku kena ingat balance sheet, aku kena ingat nombor tipon lelaki korea (tipu)
(-_-)


Aku kena study sembilan bab. Ni baru dua bab. Satu bab ambil masa 3 atau 4 hari. Kalau 9 bab, boleh anda kira tanpa menggunakan kalkulator mahupun jari :P

a) 27 hari
b) 2332800 saat
c) 36 hari
d) 3110400 saat


Aku ada Financial Accounting 1,2,3,4,5. Aku dah belajar sampai FA 3. Semester depan dah FA4. Perghhh, lu tahu der wa kena selalu buat excercise supaya wa dapat ingat formula. Kalau satu chapter tu satu m/s kita kena ingat formatnya, kalau 9 chapter? Guane terr


Wish me luck. Again? yes. again!!


u know what? I like this bag very much coz i love domo so much!!! Rm28 after discount. 

Lu tengok mata wa, ada macam ahkak meh. Lu jangan macam macam sama wa oo, wa mahu tolong mak wa masak. ganas tak wa!!