Thursday, 5 July 2012

Peringatan: uji pasangan kekasih masing-masing

Assalamualaikum..


Lepas tengok cerita rahsia hati sambil makan keropok ayah kasi, aku bukalah FB. Tengah scroll ke bawah, ok scroll atas balik. Mak Jemah dan Jenab kembali bersatu. Tak best, scroll bawah balik. pasangan artis ditangkap khalwat. Tak best, scroll bawah lagi. Itew rinduw awok lorh.Balas lah mesej iteww. =,='' Pekejadah lah budak ni. scroll bawah lagi. eh eh scroll atas balik. Terbaca lah benda ni.



Bak-bak uji menguji orang ni memang aku suka. Pedajalkan orang memang lah hobi aku. hahaha.
Uji si dia? Selalu uji si dia. Kekadang uji kredit habislah, padahal mak baru je masukkan topup 30 hinggit. Kekadang uji beg. Semalam beli beg, pastu keesokan harinya beg tu putus. "beg putuslah" huwaaaa. "Ok ok jangan sedih-sedih, nanti beli beg baru k" diam. "Ala, jangan lah sedih. Nanti kita beli beg baru" Padahal si dia tak tahu aku sengaja dajalkan beg tu sebab nak uji si dia. Putuskan benang.



Sebenarnya banyak tapi malaslah nak cerita. Biar kami je yang tahu. :D


Dulu aku kerja, sekarang dah benti. Kakak sekerja aku cakap, kalau nak cari kekasih, janganlah cari lelaki yang



Panas baran 

Nanti dia pukul sampai lebam. Kalau ada tanda-tanda panas baran, terus tinggalkan je. Nanti kang ada yang lobam sini, lobam sana. Belum cukup dengan lobam, dia bantai kang kat dinding.


Kedekut

Yang ni aku tak tahu lah. Kalau keluar je nak si popuan yang belanja. Balance lah, kalau si lelaki belanja tengok wayang, si perempuan belanja lah makan. kalau si perempuan belanja coklat, si lelaki belanja lah oudoor dan indoor kat genting highland. huahuahua. Jangan-jangan pencukur bulu ketiak pun curi-curi guna orang punya.. eeee, selisih 


Gatal 

Lelaki gatal memang banyak sangat-sangat. Pewwiitt sana sini. Macamlah handsome. Muka macam jamban tak siap. Nampak perempuan seksi, pewwitt nampak perempuan lalu je pewwitt. Yang tak boleh blah nampak bapuk lalu je pewwitt. Mana tahu pewwitt pewwitt tu hobi dia. Mungkin cikgu dia pernah ajar "Pewwit perempuan, anda sangat handsome. Pewwitt bapuk anda terrrrrsangatlah handsome"


Pemalas

Ada ke? Ye memang ada. "u, beg i beratlah" diam "uuuuuuuu" diam. "u ni kan, pemalas lah. blalablabla pot pet pot pet"   Kekadang tu kalau suruh ambil itu dan ini, arghhh malaslah. kang kalau ada anak nanti, malas nak ambil kat sekolah. Kang tak pasal pasal kucing yang drive kereta ambil anak. LOLz


Cemburu

Cemburu biar bertempat. Ni kalau nak pergi tandas pun nak temankan, memang gilalah tu. Kalau nak keluar dengan member perempuan pun akan disoal selidik terlebih dahulu sama ada betul ke tak. Aishhh.


Merokok

Ni paling aku tak suka. Tak kira lah popuan ke lelaki ke. Mujur si dia tak merokok, kalau merokok je aku sumbat puting rokok tu dalam pusat dia. Merokoklah kalau berani. Ok cukup..

Aku tak suka sebab allergic dengan asap rokok. Lagipun rokok ni berbahaya selain bazirkan duit. Dari buang duit beli rokok baik kumpul duit buat kahwin. huahuahua



Itu je. Yang lain aku tak ingat. =,='' 


Hati hati lah dalam memilih pasangan, jangan menyesal di kemudian hari. Kalau boelh, ajak pasangan masing-masing jumpa mak ayah terlebih dahulu. hikhikhik





Jika berdetik mencintai seseorang jangan luahkan pada sesiapa, serahlah pada Allah jika kita cintakannya kerana kelebihannya kembalikan segalanya pada Allah, Allah yang menciptakannya segala puji bagi Allah, Subhanallah, subhanallah....  :)