Saturday, 7 July 2012

Natang Yang cute miut Kesayangan saya sudah mati. wuwuwuwuw


Assalamualaikum..


*sedih*


Masa tengok cerita cinta kura kura dekat wayang, teringin daku untuk membela binatang yang cute miut dek kerana penangan si Nico dalam cerita tu. Cute sangat bila ownernya menatang si kura kura tu bagai minyak yang penuh. Penuh dengan kasih sayang.


Oleh itu, aku dengan rasa cemburu berazam masa tengok movie tu nak bela binatang peliharaan. Tak kisahlah warden bagi ke tak. Aku peduli apa. Lepas negok cerita tu, malam ajak member pergi uptown. Survey natang tu berapa. Pergi suatu tempat, abang tu cakap dah habis. Sedih sangat masa tu sebab bersemangat gila nak bela.


Mungkin member perasan dengan riak muka aku time tu, dia cakap ada satu tempat lagi yang jual binatang. Kitorang pun pergi. Yayyy, ada. rm150 sekali dengan sangkar. Tapi kenapa murah sangat, mungkin natang tu dah tua kotttttt


Aku bawa dengan rasa jakun dan tergedik gedik. Semua tengok kami bawa natang tu. Siap ada yang puji lagi. Kami jadi jakun dan tergedik-gedik


Binatang tu adalah..........................


cakkkkkkkkk. Perkenalkan saya si Bobo. Kenapa Bobo? Tanyalah tuan saya yang baik hati sanggup berhabisan duit untuk membeli saya. :D


Lepas beli natang ni, kami balik rumah masing-masing. Bersihkan natang ni, mandikan dia (member aku yang mandikan). Lincah sungguh natang ni sampai berdarah tangan aku. Tapi member aku pegang selamba badak. Tak ada perasaan takut mahupun gerun padahal aku tuan natang ni kottttttt. Ini tidak adil


Oleh kerana natang ni lincah, kami tidak tahu nak bagi nama apa. Michi, bising. Comel, mendengus dengus tanda protes nama tu. Bobo, baru senyap dan baring guling guling. Ooo, dia suka nama Bobo rupanya.


Dan sekarang dia mati.. sob3.. Sedihnya.


Kenangan :(

























Tak nak bela natang peliharaan lagi.. For u Bobo, seriously i miss u sooooo much. huwaaaaaaaa