Tuesday, 3 July 2012

Kahwin Muda

Assalamualaikum..

Dah beberapa hari balik rumah, rasa bosan pula. Selalu dekat KL waktu-waktu cenggini boleh pergi jenjalan dengan member tak pun merayap pergi econsave tak pun kacau kawan kerja main cakcak. Duk rumah ni memang bosan memandangkan aku ada dua orang adik-beradik, kalau adik pergi sekolah, tinggal berdua dengan mak. Mujur ada adik angkat (kucingsss)

=,=''

Masa duduk di sofa dengan mak..

"Mak, kahwin muda best tak?"

Diam

"Mak, kalau kahwin awal ni best ke tak ek?"

Diam

Ambil bantal sambil muncungkan mulut kat bantal

"Mak, kalau kahwin awal best tak?" cakap kat bantal

"Kau dah kenapa?" 

menyahut pun =.=

"Ada ke orang nak kat kau"

Tersentap meh..

"Mestilah ada. Ramai taw"

"Siapalah yang malang agaknya"

=,=''

Sampai hati mak cakap macam tu. Luruh hati ini. :(

"Minta topup dengan mak, ada hati nak kahwin. Masak tu pass ke tak"

Menyengat betul kata-kata mak aku ni. Bukan nak bagi semangat dekat aku. Cehhh!!

Kahwin awal sebenarnya best, selain dapat mengelakkan zina, dapat lah beromantika bersama si suami. Kalau dah berkemampuan, apa salahnya kahwin. Tak gituuuuuuuu

Biasalah, darah masih manis terasa nak kahwin pula. Tapi bila dengar mak cakap macam tu, hmmmm. Malas nak fikir. Kawan aku ada yang dah kahwin, bahkan yang sebaya aku dah ada anak. 

Aku bukannya gatal sangat sampai nak kahwin, diploma pun tak habis lagi ada hati nak kahwin. Ingat lepas sambung degree baru nak fikir. huhuhu

okie... 

Dengar lagu Asereje by las kicap ketchup