Sunday, 15 January 2012

Saya Seorang Student


Assalamualaikum..

Sebagai seorang student peringkat Diploma In Accounting yang kini giat belajar di Kolej Metropolitan Kuala Lumpur, saya Siti Aniza ingin mengatakan bahawa sangat-sangat busy sekarang. Masa sem pertama dulu boleh lah bersiul-siul sambil tengok jejaka lalu depan mata sambil air liur tersembur bila mereka tegur aku.

Kini, aku sudah sem tiga and next year akan graduate. Belajar ni best sebenarnya sebab dapat berkenalan dengan member baru nak2 member yang sekepala dengan aku. hahahaha.. Lecturer yang sporting, selalu masuk lewat dalam kelas. Mana taknya kelas jam 10 pagi aku masuk jam 10.30 pagi. Best student katakan. Btw, kolej aku ni swasta.

Ramai yang cakap, swasta ni banyak pakai duit. Yeke? Pandangan mereka tu salah sebab banyak pakai duit tu sebenarnya bukannya ke arah pembelajaran tapi ke arah keshoppingan. Hal ini disebabkan berdasarkan pengalaman aku, aku selalu membazirkan duit pergi tengok movie, shopping, karok dll dengan members. Bukannya beli buku etc. Sebab kami bayar yuran mahal, jadi kertas dll pihak kolej yang tanggung.

Salahkan diri sendiri lah kalau dalam sebulan, boleh habiskan sebanyak 6++
T__T

Keistimewaan kolej aku juga adalah mereka menyediakan hostel kepada student. Berdasarkan pengalaman members yang lain, kolej mereka hanya menyediakan hostel selama satu sem sahaja. Selepas tu mampuslah nak mencari rumah sewa dekat mana. Gila apa, dahlah rumah sewa dekat area KL mahal2. Bapak pokai duit. 

Oleh kerana aku ni bakal bekerja di bank atau di syarikat terkemuka dunia *perasan*, jadi aku haruslah bersusah payah belajar. Gila tahu tak, ini accounting bukannya subjek kaler-kaler, lukis-lukis pokok dll. Ini subjek pengiraan yang mengambil masa yang agak lama untuk faham. Nak2 spesies lembap macam aku ni memang payah sikit nak faham.

Lecturer aku semua mengajar guna bahasa foreigner T___T

Benda wajib ada dalam beg adalah kalkuator, pensel, pemadam stabilo, ubat pensel, kertas kajang dan fail khas untuk Accounting. :)

G.luck Aniza, semoga cita-cita anda termakbul dan dapat berkahwin cepat. hahahaha. trolololol.