Friday, 27 January 2012

Perkara Yang Selalu Dielakkan Bila Result Menjelma


Assalamualaikum..

Dewasa ini, masyarakat terutama para-para ibu sibuk duk menceritakan hal anak masing-masing. "Anak aku dapat 5A UPSR kau tahu". "Anak aku dapat 8A" dan blablabla. Si anak pula akan tersipu-sipu malu bila jiran sibuk memuji mereka. Cehhh.

Aku jeles? Oh tidak, aku tidak jeles sama sekali. Aku ni bukanlah pandai setara mana pun. SPM pun cukup-cukup makan bak kata pelajar yang tersipu-sipu malu untuk memberitahu keputusannya. nampak sangat result KO

Oleh kerana aku dilahirkan memang kurang cerdik, jadi result aku tidaklah segempak member-member yang lain. Teringat lagi, ayah pernah puji anak member dia. "Tengok, anak kawan ayah boleh dapat 10A,kenapa Iza tak boleh?" Masih terngiang-ngiang sampai sekarang. Oh, sedih gila bila ayah sendiri membanding-bandingkan anaknya dengan anak orang lain. Mentang-mentanglah anak kawan dia tu lelaki, nak jodohkan aku dengan anak kawan dia lewtuww. Ok next

Lepas result keluar je, aku lah orang pertama tak nak balik kampung sebab aku tahu pakcik dan makcik aku pasti akan memperlekehkn result aku yang macam cakar ayam je tu. Oh ye, ternyata betul. Tetapi, keajaiban berlaku bila SPM aku mendapat ^&*%^. Pakcik dan makcik ku sibuk memuji. Ahh, tak payah nak puji sangatlah kan. :P:P

Tidak ku sangka, spesies malas macam aku pun boleh dapat result macam tu. Tapi bagi aku ianya belum cukup gempak. Harus cuba dan terus mencuba. Oh ye, kepada ibubapa, tolonglah jangan sesekali membanding-bandingkan anak sendiri dengan orang lain. Pedih rasanya hati ini. Seminggu terkurung dalam bilik woo.

Dan sekarang aku melanjutkan pelajaran dalam Diploma in Accounting dek kerana result Mathematics dan Additional Mathematics sangat-sangat cemerlang di Kuala Lmpur Metropolitan Universiti (KLMU). Ah, KLMU je? Kenapa tak belajar di universiti kerajaan je? Kenapa harus swasta? Nak tunjuk dia tu anak orang kaya lewtuww. 

Belajar dimana-mana pun sama je. Asalkan niat nak belajar tu ada. Kalau dapat result yang gempak tapi malas, baik tak payah belajar. Buang air liur lecturer je itu belum campur lagi dengan bebelan mak ayah.