Friday, 20 January 2012

kenangan jenjalan bersama keluarga. :D


Assalamualaikum..

Minggu lepas ayah ajak pergi Wakaf Che Yeh bertujuan untuk meluangkan masa bersama-sama isteri dan anak-anak tercinta. opps, atok juga tidak ketinggalan.

Lepas semuanya senyum sampai ke telinga tanda ketidaksabaran dalam diri untuk keluar mula menguasai diri, aku orang pertama masuk dalam kereta dengan muka yang tidak malu. Yess!! Aku yang mandi lambat, aku yang siap awal. = . ='

5 minit kemudian.

Atok dan adik masuk dalam kereta. Mak seperti biasa, kereta dah keluar dari pagar dan tugas mak mengunci pagar. huehue. Anak tak boleh diharap. Itulah aku. :)

Tetiba!!! praghhhhhh.

"Bunyi apa tu ayah?"

"Adoi, tayar kereta masuk dalam longkang la."

"Berat sangat kot" perli diri sendiri sebenarnya

Dengan muka yang 50,50, ayah pergi rumah orang sebelah minta tolong. Auuu, mamat tu handsome. Mak kata dia single dan yang penting belum berkahwin. hikhikhik.

Sejam setengah kemudian, tak tahu lah kenapa sampai sejam lebih baru siap padahal bukannya teruk sangat pun.

"Iza, cepat. Ayah panggil tu" Ingatkan tak jadi sebab dah dekat jam 10 malam. 

Tutup laptop dan terus menuju kebilik untuk pakai tudung serta sapu bedak dengan gagahnya.

Setelah sampai..

Memasing dengan hati yang gumbira bila nengok barang yang murah-murah nafsu mula menguasai diri. Kecuali aku sebab dah banyak kali aku pergi. Tapi antara banyak-banyak barang kat situ, aku cuma cari charger tab je. Sebab charger tab aku dah patah,tersepak hari tu. Nak beli dekat KL mahal, beli dekat Kelantan je. yang penting guna duit ayah. O_o

Sejam lebih-lebih kemudian,

"Nak makan dekat mana ni?" kata ayah

"Makan dekat mulut. huehue" jawab aku

memasing =.='

Aku tak ingat apa nama tempat tu, baru je melabuhkan punggung di atas kerusi tetiba kakak tu cakap makanan dah habis. Memasing tengok di antara satu sama lain.

"Iza nak air apa?" kata mak

"Maaf kak, air pun dah habis juga" kata kakak pegang buku kecil. mungkin buka tiga 5.

memasing =.='

Bangun dan meluru keluar sambil menyumpah apa punya kedai makanlah tak ada air. puihhhhh. Last-last makan dekat restoran 2000 je bersebelahan lorong nak masuk rumah kitorang.

"Nak makan apa?" kata kakak baju oren

"Air ada?" tanya mak. Takut terjadi macam restoran tadi.

"Errr,ada." =.='

Memasing dah happy dan makan sampai perut pun nak meletup. Dan yang penting, tab aku dah hidup balik sebab charger dah beli. :D