Thursday, 15 September 2011

Rutin Harian Sebagai Seorang Pelajar

Assalamualaikum..


Sebagai seorang student yang menawan lagi bijaksana, kenalah sentiasa berjimat cermat. Tak boleh makan nasi hari-hari, tak boleh beli air dekat luar selalu,kena bawa bekalan air masak ke kelas, dan selalulah makan maggie, roti dan biskut je dekat rumah.

biskut marrie peberet sejak baby lagi. Kalau ayah yang beli biskut ni, tak sampai sehari dah dibedal oleh anaknya



banyak-banyak cawan, aku paling sayang cawan ni. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab mickey tu kot sebab masa kecil-kecil dulu suka tengok Mickey Mouse ^^


sebagai student yang berkaliber, mee sedap wajib berada di bilik. Setiap hari, aku mencekik benda ni je la. Nak mencekik apa lagi kan?? Walaupun aku tahu benda ni tak elok untuk kesihatan. Tapi aku peduli apa??



Nutritious Cereal. Favourite aku . Sedap minum benda ni. perghhhhh.. Love it



Masa beli benda ni, aku tak tahu pun nak guna macam mana sebab kalau dekat rumah, cuma tekan je nak air panas, sederhana atau sejuk. Dah tersedia. Kawan yang ajar guna benda ni macam mana. huahua. Yang penting, warna biru tetap pilihan hati. Kepada bakal mak mertua, bakal menantumu sudah pandai masak air guna pemanas air elektrik. Sila bangga ye ^^'


motif??? kalau selalu minum benda ni, boleh kuruskan badan sebab ianya masam. Tapi kekadang je minum sebab kalau minum ni asyik nak ke tandas je.


Sebagai seorang student juga, aku tidak dikecualikan mengalami saat-saat seperti ini. Bangun pagi,pergi kelas. Habis kelas, lepak-lepak sambil mengumpat jiran kelas sebelah.

"Buruk lah muka budak tu"


"Cantiklah kau ni"


"Hensemlah pengkid tu" <----member aku yang cakap =="

Ketawa terbahak-bahak sampai satu kolej dengar memang tabii kitorang. Lagi-lagi bila geng suara besar berjumpa antara satu sama lain. Termasuklah cik adik yang manis ni iaitu aku sendiri. huahuahua


Setiap pagi, lepas bersiap-siap sebelum ke kolej, aku akan minum air Nutrious Cereal segelas. Dapat mengenyangkan perut buncit aku ni buat sementara waktu. Kalau masih kenyang, ok la. Save budget. Kalau krak kruk krak kruk. Ok, sediakan 5 hengget untuk makan k.


Lepas habis mengumpat jiran kelas sebelah, baliklah ke rumah masing-masing. Lepas balik tu, baring terus berdengkur. Bangun-bangun je dah malam dan terus mandi, sambung tidur balik. ZZZZzzzz