Saturday, 27 August 2011

Pertama Kali Tidur Bersama Rakan Di UM

Assalamualaikum..


Terasa bangga kejap dapat tidur di Universiti Malaya. Terasa diri ni pandai walaupun cuma menumpang tidur. Aku rasa macam budak jakun yang baru keluar hutan.kahkahkah. Maklumlah, kolej aku tak macam universiti. Kolej aku terletak di tengah tengah bandar, tak ada tasik, tak ada banyak bangunan fakulti.

So, aku berbuka berdua je la malam ni. Selalunya berbuka sorang sorang je kot di bilik sendiri. Tapi hari ni rasa ada geng sikit. Kahkahkah. Tapi malam ni kena tidur awallah sebab esok bas jam 3.30 petang. Kena temankan kawan beli baju raya lagi. Cis, baru nak beli baju raya??


Alamatnya, aku kena bangun awallah esok pagi. Dorm kawan aku ni agak menakutkan sikit. Dahlah gelap, tandas jauh pulak tu. Biasanya kalau dekat hostel aku sendiri, buka pintu je dah nampak tandas. Agaknya, macam manalah kalau aku terasa nak pergi tandas malam malam nanti?? Dahlah aku selalu pergi tandas waktu malam terutamanya jam 3 pagi.


Tadi lepas berbuka, aku terpaksa memberanikan diri malam malam basuh tangan dekat tandas. Jauh jangan nak cakaplah. 4 kali ganda jauh dari tandas rumah aku.Oleh itu, aku terpaksa melalui satu bilik ni. Bilik menatang apa entah. Dahlah gelap semacam je.


Bila aku lalu, aku rasa semacam je. Mangkuk betul. So, aku buat buatlah berani. Lepas basuh tangan, aku rasa kaki aku mati kejap. Dengar macam ada orang dalam bilik tu. Cehhh, bulan puasa mana ada benda benda macam tu. Last last, aku lari je la.


Memang gila, aku terpaksa berlari ketakutan. Esok, aku nak mandi macam mana?? Ke tak payah mandi??
Gila, aku rasa ni kali pertama dan kali terakhir aku tidur dekat dorm kawan aku ni. Serius, goyang dowh.
Betul cakap kawan kawan aku yang lain, duduk di hostel dalam universiti memang menakutkan.