Friday, 30 December 2016

Girls Day Out - PD JE

Assalamualaikum.

ni kisah hari tu


Hari tu meluangkan masa dengan kengkawan. Kebetulan, kawan dari Palong datang rumah. Ya ampun, palong je pun. Dia punya kecoh tu jangan cakaplah. Bila mana si palong ni datang rumah, jadinya si Uia dengan si Setiawangsa pun datang memeriahkan bilik ku yang sedia sempit ni.

K k -,-


Kami ke sini.

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=


Main benda ni sekali pastu balik 


PD JE PUN. Aduhai
PORT DICKSON


Malam tu memang plan nak bermandi manda esoknya. Memula plan nak ke PD, ni idea aku la. Pastu nak ke Sg Kanching, ni pun idea aku juga. Nak ke Taman Tema Air Bangi tu pun dalam plan juga. Kalau aku, aku nak ke sungai je sebab dekat pun dekat, jimat pun jimat kan setakat bayar parking je. Sebelum tidur kami dah pakat setuju nak ke bangi tu je. Tapi harga tiket melampau lampau + si sukun ni cakap nak g jauh. Semua sepakat nak ke PD saja



Selenge selenge bermain air
(yah, ja, da, jed)










sang selenges dah penat mandi, makan. Muka dah macam belacan before after. 


Tapi tempat ni sedap gila ok. Kitorang sampai tambah tambah nasi dia. NASI KUKUS AYAM COWBOY kalau tak silap. Dari pantai pantai peranginan nak ke Teluk Kemang tu dia blah blah kiri tu. Tersorok sikit. Jeddah cakap tempat ni pernah viral. Tapi entah lah, aku tak tahu pula. 


Banyak kejadian memalukan kat sini. Aku tak boleh naik banana boat tu pastu adik tu tengok gelak gelak. aish, akak babap buntut kang. jeddah tolong aku dia jatuh dalam laut balik la, si dayah acah acah ingat tempat tu dalam walhal dah boleh jejak pasir la, selipar yah putus sebab dia tuduh jeddah makan aiskrim batang aiskrim tu buang merata balasannya selipar dia putus on the spot la


Throwback PD, 17/12/2016

Wednesday, 28 December 2016

lampu isyarat setan

Assalamualaikum

sejak kebelakangan ni aku selalu je bangun lambat. saja. sebab ofis dekat je. rini aku bangun pukul lapan pagi. lapan setengah siap. pastu turun panaskan enjin kereta dulu sempat buang habuk habuk dalam kereta. tiga minit panaskan enjin terus bla


Aku duduk kat seksyen satu wangsamaju tu, tepi jusco tu ada traffic light kan. kiri tu jusco, kanan tu nak pergi nsk. hari ni traffic light tu mampus. kira tak hidup. aku tak perasan. pastu aku benti je. pastu kena hon. tapi aku buat bodoh. heii, pemandu berhemah ni. P lagi. lol


Pastu kena hon banyak kali. aku fedap aku hon banyak kali. pastu kereta belakang tu lalu g kat kanan aku dia turunkan tingkap. ingat nak marah ke apa "heii, traffic light rosak la" oh. hahhahahahaha. tak tahu nak cakap apa. speechless. pastu slow slow tukar ke gear D turunkan kan handbrek pastu slow slow berjalan.


cisss



ni kes kepenatan tak habis lagi ni tu yang otak tak boleh cerna pape.


Tadi balik pun sama. T_T

Saturday, 28 February 2015

Friday, 10 October 2014

Keriangan Di Hati


Assalamualaikum..


Apa yang sebab aku suka balik kampung adalah

- jumpa mak
- tilam empuk
- rempit dengan adik naik skuter dengan had kelajuan 40km/j
- masakan mak sedap gila sampai jilat pinggan kalau boleh
- layan movie sampai lebam
- main dengan anak-anak kucing yang debab
- bla bla bla

Aku kalau balik tak pernah fikir pasal berat badan. Lantak nak naik berapa sebab rasa berbaloi lah berat badan naik sebab kat Kolumpo asyik makan luar je kalau time terdesak baru masak maggie. Siapa yang bujang lagi pastu dah tak duk bawah ketiak mak mesti faham

kan?

Oleh itu, masa-masa macam ni tak patut dilepaskan. bahahaha

Kat Kolumpo selalunya kalau masa kerja seperti biasalah. Pagi-pagi dah bangun pastu pergi kerja. Kalau cuti pula rasa tak tahu nak pergi mana, lepak je la kat rumah pastu pasang lagu Korea kuat-kuat. Member punya handset. betul. tak tipu. memang dia punya. percayalah. Aku tak minat korea. hmm


member baik sejak zaman sekolah dulu kala. duduk satu bilik, share satu katil, satu bantal. 

TAK NAK BALIK KOLUMPO NAK DUDUK BAWAH KETIAK MAK BOLEH TAK? felisss

Wednesday, 8 October 2014

Apa Yang Tak Semangat Sangat Ni?


Assalamualaikum..


NAK BALIK KOLUMPO DAH. BAI BAI MAK, ADIK, MOLEK, MONG, ACI, GEGIRL, KATIL, TILAM EMPUK, TV, PETI AIS, DAPUR, KIPAS, RAK KASUT, KOMPUTER






DAN 





BYE BYE KELANTAN. JUMPA LAGI

Saturday, 4 October 2014

Home Sweet Home


Assalamualaikum..

Tiada seindah rumah sendiri walaupun duk kondo mewah sekalipun, rumah sendiri jadi ingatan. kan kan kan -.-



Dah sebulan tak balik rumah. Kerja jauh. Jauh dari mak pula tu. Hari-hari tukar status wassap ' i miss u mom" "mom, only u in my heart" siapa yang save no aku pastu ada dalam list wassap mesti serabut. bahahaha. its ok. boleh buang. fine


Betul. Rumah sendiri adalah lebih best berbanding rumah lain. Seperti contoh kan, kau boleh duduk kaki ke atas kepala ke bawah tanpa ada sesiapa marah (tapi tu memang style aku -,-), pastu boleh ketawa kekek kekek tak ada siapa marah. kan kan kan. 


Apa yang paling istimewa kan, mak sentiasa ada depan mata. Hei, boleh tak nak tukar status wassap "thankzz mom for everything" bahahaha